Virus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Virus adalah ejen kecil berjangkit yang hanya boleh berkembang biak di dalam sel organisma hidup. Virus boleh menjangkiti semua jenis organisma, dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bakteria dan arkea. Virus juga merupakan sejenis parasit intrasel obligat, yang membiak dengan cara menawan sel-sel lain kerana mereka tidak berupaya untuk membiak sendiri. Istilah virus biasanya merujuk kepada zarah-zarah yang menjangkiti eukariot (organisma multisel dan organisma unisel) manakala istilah faj digunakan untuk zarah-zarah yang menyerang prokariot (bakteria dan organisma seperti bakteria). Kebiasaannya, zarah-zarah ini membawa asid nukleik samaada DNA atau RNA yang dilindungi dengan lapisan pelindung daripada protin atau protin-lipid. Dalam sains komputer, istilah virus juga digunakan bagi mewakili aturcara yang menjangkiti aturcara lain.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Istilah virus datangnya daripada Bahasa Latin yang bermaksud racun. Pada hari ini, virus digunakan untuk merujuk kepada virus biologi dan juga sebagai metafora untuk perkara yang terhasil seperti parasit, contohnya idea. Selain itu, virus juga digunakan dalam dunia komputer. Perkataan virion atau viron digunakan untuk zarah virus berjangkit tunggal.

Pengklasifikasian Virus[sunting | sunting sumber]

Virus diklasifikasikan kepada beberapa kelas, misalnya:

  • Kelas I DNA berbenang berkembar ( Double stranded DNA )
  • Kelas II DNA berbenang tunggal ( Single stranded DNA )
  • Kelas III RNA berbenang berkembar ( Double stranded RNA )
  • Kelas IV RNA berbenang tunggal positif, bertindak sebagai mRNA
  • Kelas V RNA berbenang tunggal negatif, bertindak sebagai templat untuk sintesis mRNA
  • Kelas VI RNA berbenang tunggal positif dengan DNA sebagai perantara (retro-virus)
  • Kelas VII DNA berbenang ganda dua dengan RNA sebagai perantara semasa proses replikasi.

Kelas kelas ini bukan klasifikasi filogenetik kerana virus - virus mungkin tidak berkongsi asal yang sama.

Struktur Virus[sunting | sunting sumber]

Virus kebiasaannya terdiri daripada lapisan protin sebagai pelindung (sampul), teras protin yang menyimpan gen virus, dan gen virus itu sendiri. Sampul yang selalunya dihasilkan daripada membran sel perumah, melindungi genom virus yang memberikan mekanisma bebas dan tindakbalas konsisten terhadap ransangan luar kepada virus tersebut.

Virus: Benda Hidup atau Tidak?[sunting | sunting sumber]

Virus menawan sel perumah untuk memenuhi pusingan hidupnya iaitu menghasilkan lebih banyak zarah virus. Virus berada diantara kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup. Virus boleh membiak dan mewarisi sifat generasi sebelumnya, tetapi bergantung kepada enzim perumah, dan boleh dikendalikan seperti molekul biasa contohnya boleh menghablurkan zarahnya dan berada dalam keadaan dorman. Samaada virus hidup atau tidak, mereka merupakan parasit obligat dan tidak mempunyai kemampuan untuk membiak sendiri. Seperti kebanyakan parasit, mereka memerlukan perumah yang tertentu, misalnya sesetengah virus hanya boleh membiak dalam spesis tertentu tetapi sesetengah yang lain boleh membiak dalam pelbagai jenis spesis.

Virus Raksasa[sunting | sunting sumber]

Sesetengah virus adalah sangat besar terutama sekali virus yang menjadi parasit metabolisme dalam sel perumah. Sejenis virus intrasel, Mimivirus mempunyai 800 pasangan genom DNA, lebih besar daripada sesetengah bakteria. Mimivirus hidup di dalam ameba di menara penyejuk.

Replikasi virus[sunting | sunting sumber]

Proses replikasi virus

Ada enam peringkat dalam proses replikasi:

  1. Penyerapan (melekat pada sel perumah) (adsorption)
  2. Penusukan (penetration)
  3. Nyahlapisan (uncoating)
  4. Replikasi genom
  5. Pematangan (maturation)
  6. Pembebasan (release)

Proses replikasi antara RNA dan DNA adalah berbeza.

Asal[sunting | sunting sumber]

Asal usul virus adalah tidak jelas. Pada masa ini, virus dipercayai terhasil di dalam organisma perumah dan berasal daripada unsur seperti plasmid dan transposon. Ada juga yang berpendapat virus merupakan mikrob yang muncul secara berasingan dalam sup primordium.

Bentuk bentuk lain adalah seperti viroid, virusoid, dan prion.

Penyakit disebabkan virus pada Manusia[sunting | sunting sumber]

Contoh penyakit yang paling biasa ialah selsema, yang disebabkan oleh pelbagai jenis virus. Selain itu, demam campak, AIDS, dan kudis selsema juga disebabkan virus. Kajian terbaharu menyaksikan kanser serviks adalah disebabkan separuhnya oleh papilomavirus. Ini menunjukkan perkaitan pertama antara kanser dan agen penjangkit. Selain itu, virus borna yang sebelum ini dipercayai menyebabkan penyakit neuron pada kuda, mungkin bertanggungjawab terhadap penyakit psikiatri pada manusia. Keupayaan virus untuk menyebabkan penyakit dipanggil kevirulenan.

Rawatan dan Pencegahan Penyakit disebabkan virus[sunting | sunting sumber]

Disebabkan virus menggunakan sel perumah, virus sukar dibunuh. Cara yang terbaik ialah pencegahan melalui penvaksinan dan penggunaan dadah untuk merawat simptom penyakit. Kebanyakan pesakit meminta antibiotik tetapi sebenarnya antibiotik tidak mampu melawan virus, penyalahgunaannya akan menyebabkan ketahanan antibiotik dalam bakteria. Sungguhpun begitu, kadang-kala, cara yang selamat adalah memulakan rawatan menggunakan antibiotik semasa menunggu keputusan sama ada simptom pesakit adalah disebabkan virus atau bakteria.