Casa Limbong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Casa Limbung, sebuah kompleks membeli belah yang terdapat di bandar Chukai.

Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong merupakan sebuah pusat membeli belah di bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. Ia terletak hanya bersebelahan berhadapan dengan Kompleks Centre Point Kemaman dan juga The Store di Mukim Cukai, daerah Kemaman, Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong.

Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong turut menyediakan kemudahan awam seperti tandas awam yang berbayar, eskalator dan tangga bagi memudahkan pergerakan para pengunjung turun dan naik ke aras atas kompleks ini. Ia turut menyediakan kemudahan Surau Putih Casa Limbong yang telah dibina bersekali dengan Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong bagi memudahkan pengunjung yang ingin bersolat dahulu sebelum membeli-belah.

DI bahagian atas kompleks ini terdapat banyak deretan kedai emas, kedai menjahit tempahan pakaian, kot dan sebagainya, kedai menjual baju muslimah dan juga tudung serta kedai menjual kain sutera pasang.

Di aras bawah pula - kebanyakkan kedai-kedai di aras bawah menjual pelbagai aneka barangan dan perkhidmatan termasuklah produk-produk untuk kesihatan diri anda sekeluarga. Apa yang anda ingin cari, semuanya boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan di sini.

Pada setiap bulan, di ruangan legar aras bawah Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong - selalu diadakan bazar jualan mega pelbagai barangan yang menarik dan sesuai yang dijual dengan harga yang agak murah untuk anda dapatkan hanya di sini. Kebiasaannya bazar jualan ini selalu diadakan setiap kali musim cuti sekolah, musim perayaan dan jika ada permintaan menggalakkan dari orang ramai.

Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong ini terletak berhampiran dengan Kompleks Centre Point Kemaman, The Store Kemaman selain berdekatan dengan deretan kedai kuning ataupun Yellow Town menyediakan pelbagai barangan jualan pada para pengunjungyang datang ke sini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]