Kemaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daerah Kemaman
Bendera Daerah Kemaman.jpg

Bendera Daerah Kemaman.
Geografi
Status Daerah
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Terengganu
Daerah Daerah Kemaman
Keluasan 2,535.59 km persegi.

Kemaman merupakan daerah di negeri Terengganu, Malaysia. Ia berada pada kedudukan koordinat 4° 13' 60" Utara dan 103° 27' 0" Timur, pusat daerah Kemaman ialah Chukai. Keluasan daerah Kemaman ialah 8,000 batu persegi (254,000 hektar), ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun. Kemaman mengadap Laut China Selatan. Kemaman merupakan salah satu gerbang masuk ke Terengganu ini. Daerah Kemaman bersempadan dengan Daerah Dungun di sebelah utara manakala di sebelah selatan pula bersempadan dengan Negeri Pahang. Ia berada pada kedudukan koordinat 4° 13' 60" Utara dan 103° 27' 0" Timur, pusat daerah Kemaman ialah Chukai. Keluasan daerah Kemaman ialah 8,000 batu persegi (254,000 hektar), ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun.

Perlaksanaan pembangunan Negeri Terengganu oleh Kerajaan Negeri melalui dua fasa iaitu Fasa Pertama (1980-1995) dan Fasa Kedua (1995-2010) merupakan salah satu cabaran kepada Majlis Perbandaran Kemaman terutama Fasa Kedua yang lebih memberi penekanan dalam pembangunan sektor perindustrian di seluruh Negeri Terengganu. Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah dinaikkan taraf dari Majlis Daerah ke Majlis Perbandaran Kemaman di bawah Enakmen Negeri Terengganu, Bil 5 tahun 2002 pada 1 Januari 2002. Dan diberi pemasyhuran pada 02 Februari 2002.

Kepesatan pembangunan dan perkembangan ekonomi di Kemaman adalah cukup ketara semenjak perlaksanaan pembangunan Negeri Terengganu oleh Kerajaan Negeri melalui Fasa Kedua (1995-2010) yang lebih memberi penekanan dalam pembangunan sektor perindustrian di seluruh Negeri Terengganu. Ianya menjadi tunjang pembangunan sektor perindustrian di samping galakan Kerajaan Pusat untuk membangunkan sektor perindustrian lain di negeri Pantai Timur Semenanjung.

Kewujudan Koridor Pantai Timur dan dengan adanya pelabuhan penting iaitu Pelabuhan Kemaman, merupakan faktor-faktor penyumbang kearah kenaikan taraf Majlis Daerah Kemaman kepada Majlis Perbandaran.

Kenaikan taraf ini akan dapat memainkan peranan dengan lebih daya saing terutama dari segi sosio-ekonomi dan memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti kepada penduduk di dalam kawasan pentadbirannya.

Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Chukai.

Setiap mukim daerah Kemaman akan ditadbir oleh seorang penghulu dan semua penghulu ini akan dikawal selia orang seorang Penghulu Kanan. Pentadbir tertinggi daerah Kemaman ialah Pegawai Daerah. Sehingga ke hari ini, bermula daripada tahun 1888 hingga ke tahun 2011, daerah Kemaman telah ditadbir oleh seramai 38 orang Pegawai Daerah. Pegawai Daerah pertama ialah Dato’ Seri Lela Di Raja Encik Abdul Rahman bin Ishak dan Pegawai Daerah terkini ialah Tuan Haji Mohamad Kamil bin Othman.

Pada masa kini, daerah Kemaman telah muncul sebagai salah sebuah daerah yang maju di negeri Terengganu terutama dengan munculnya pelbagai jenis industri terutama yang berkaitan dengan industri petro kimia. Banyak syarikat asing luar negara telah melabur di Kemaman dan kebanyakannya telah berjaya membuka kilang-kilang yang bersaiz mega. Antara yang terkenal termasuklah Slumberger, Haliburton, Aldwich Bhd., TCC Industries dan beberapa syarikat tempatan seperti Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS), Perwaja Steel dan beberapa syarikat lain. Di daerah Kemaman juga terdapat sebuat pusat pendidikan tinggi yang bertaraf lima bintang, iaitu Kolej Universiti TATI (TATiUC) di Teluk Kalung yang menawarkan kursus-kursus teknikal dan kemahiran khususnya kepada penuntut dari seluruh negara.

Casa Limbung, sebuah kompleks membeli belah yang terdapat di Chukai.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu :

  1. Kawasan pantai.
  2. Kawasan pedalaman.
  3. Kawasan kaki bukit (terletak hanya beberapa kilometer dari pantai).

Kawasan pantai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata dan majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti menangkap ikan. Kawasan ini memanjang sejauh kira-kira 38 batu dari Kuala Kemaman ke Kertih. Lebih separuh penduduk Kemaman tertumpu di kawasan ini.

Kawasan pedalaman daerah ini pula mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi dan berbukit bukau. Kawasan ini kaya dengan hasil bijih timah, tanaman kelapa sawit dan kayu kayan. Justeru itu, penempatan yang berlaku ada hubungkait dengan aktiviti ekonomi setempat.

Di samping itu, kawasan kaki bukit daerah ini mempunyai jumlah penduduk kedua ramainya. Kawasan ini terletak di antara kawasan persisiran pantai dan kawasan pedalaman. Aktiviti utama penduduk kawasan ini adalah sebagai petani.

kemaman mempunyai 2 buah perlabuhan satu di kerteh dan satu diteluk kalong.industri di kemaman berasaskan petroleum dan keluli.selain itu,kemaman juga mempunyai bandar di sepanjang jalan pantai daerah kemaman.Ianya bemula bandar chukai,bandar baru kijal, bandar peranginan kijal,pekan kemasik yang mempunyai sebuah pusat membeli belah mesra mall dan bandar kertih.

Sungai di Kemaman[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Tualang
  • Sungai Lintang (3.4km)
  • Sungai Ayer Neroh (4.8km)
  • Sungai Ek Ak (6.8km)
  • Sungai Ayer Puteh (6.8km)
  • Sungai Serada (7.6km)
  • Sungai Jerneh (7.6km)
  • Sungai Mawar (9.6km)
  • Sungai Gajah Mati (10.8km)
  • Sungai Ajai (10.8km)
  • Sungai Lubok Kepala (10.8km)
  • Sungai Rambai (10.8km)
  • Sungai Kijok (12.3km)
  • Sungai Sendok (12.3km)
  • Sungai Senik (12.3km)
  • Sungai Gesim (12.3km)
  • Sungai Chenderong (12.3km)
  • Sungai Buloh Nipis (12.3km)
  • Sungai Nipah (14km)
  • Sungai Keladi (14km)
  • Sungai Najang (14.5km)
  • Sungai Lawang (14.5km)
  • Sungai Cheneh (15.2km)
  • Sungai Rong Hilir (15.3km)
  • Sungai Tebak (17km)
  • Sungai Dedak (17km)
  • Sungai Burong (17km)
  • Sungai Jenereh (17.1km)
  • Sungai Badir (17.1km)
  • Sungai Trunggang (17.4km)
  • Alor Gajah (17.4km)
  • Sungai Rasa (18.3km)
  • Sungai Ayam (18.3km)
  • Sungai Puteh (18.3km)
  • Sungai Musang (18.4km)
  • Sungai Utonk (18.4km) [1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarawan Mesir bernama Ptolemy yang membuat peta dunia termasuk Semenanjung Tanah Melayu menyebut Kemaman sebagai Kole. Kuala Terengganu pula sebagai Primula.

Sekitar tahun 1700, Che Wan Teh keturunan bangsawan Kuala Pahang telah berhijrah ke sini berikutan berlaku persengketaan di Pahang. Beliau menjadi peneroka pertama bagi Kampung Bukit Kuang. Sebelum itu, orang Sakai telah lama mendiami kawasan ini. Setelah kedatangan orang Melayu, orang Sakai berhijrah jauh di pedalaman Kemaman. Kemudian, Che Wan Teh berpindah ke Tanjung Geliga di muara Sungai Kemaman bagi mencari kawasan lebih selamat. Seterusnya berpindah ke Chukai yang lebih stabil dan selamat daripada ancaman lanun.

Versi lain pula menyatakan Kemaman diteroka oleh Lebai Saris seorang bangawan Patani, Siam pada awal abad ke-19 semasa Terengganu dibawah pemerintahan Sultan Ahmad (1808 - 1830).[2]Lebai Saris dan pengikutnya telah datang ke Kemaman dan meneroka kawasan penempatan di sekitar Kampung Nyor.

Lebai Saris juga dikaitkan sebagai orang yang telah memberi perkataan "Kemaman" iaitu gabungan perkataan-perkataan "Kera" dan "Pokok Maman". Tidak dapat dinafikan bahawa Lebai Saris telah memainkan peranan penting dalam Pembukaan Daerah Kemaman secara lebih meluas di antara Kampung Mak Cili, Kampung Mat Lagam, Kampung Pasir Tengku dan Kampung Jabor.

Penduduk Daerah Kemaman telah bertambah dan pengaruh kekuasaan Lebai Saris semakin teserlah. Berikutan itu, timbul fitnah menyatakan Lebai Saris tidak mahu lagi tunduk kepada Yang di Pertuan Terengganu (Sultan Terengganu). Oleh itu Sultan Ahmad telah menghantar Engku Kembal untuk melawan kekuatan Lebai Saris yang di ketuai oleh anaknya Abu Bakar. Dengan tipu muslihat, Engku Kembal telah berjaya menewaskan Lebai Saris dan anaknya. Kedua-dua mereka dianggap penderhaka dan di hukum sula dengan suda nipah.[3]

Tumpuan pelancongan[sunting | sunting sumber]

Daerah Kemaman juga memiliki beberapa tempat yang mempunyai daya tarikan tersendiri dan sentiasa menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan juga pengunjung luar negara. Antara tempat-tempat tersebut termasuklah :-

Tumpuan membeli belah[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Kemaman merupakan salah sebuah daerah yang terdapat dalam negeri Terengganu.

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Bandi
  2. Mukim Banggul
  3. Mukim Binjai
  4. Mukim Cukai
  5. Mukim Hulu Cukai
  6. Mukim Hulu Jabur
  7. Mukim Kemasik
  8. Mukim Kertih
  9. Mukim Kijal
  10. Mukim Pasir Semut
  11. Mukim Tebak
  12. Mukim Teluk Kalung
  13. Bandar Cukai
  14. Pekan Air Jernih
  15. Pekan Air Putih
  16. Pekan Kemasik
  17. Pekan Kijal

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]