Cendawan bebola gergasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cendawan bebola gergasi
Pengelasan saintifik
Alam: Kulat
Divisi: Basidiomikota
Kelas: Agarikomiset
Order: Lycoperdales
Famili: Lycoperdaceae
Genus: Calvatia
Spesies: C. gigantea
Nama binomial
Calvatia gigantea
(Batsch ex Pers.) Lloyd
Calvatia gigantea
Ciri-ciri mikologi:
Gleba icon.png 
Hymenium gleba
No cap icon.svg 
Tiada pileus
Tidak Diketahui.svg 
Ciri-ciri tangkai tidak diketahui
Brown spore print icon.png 
Cetakan spora berwarna perang
Mycorrhizal ecology icon.png 
Ekologi: Mikoriza
Edible toxicity icon.png 
Status sebagai makanan: Boleh dimakan

Calvatia gigantea yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan bebola gergasi merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan. Cendawan ini biasanya dijumpai di padang rumput dan hutan daun luruh di seluruh dunia terutama lewat musim panas dan musim luruh. Kebanyakan cendawan bebola gergasi yang tumbuh di serata dunia mempunyai garis pusat di antara 10 hingga 70 sm. Bagaimanapun, terdapat juga beberapa cendawan ini yang mampu mencapai lebih 150 sm dari garis pusat dan seberat 20 kg. Cendawan bebola gergasi yang belum matang mempunyai bahagian dalaman yang berwarna putih manakala yang sudah matang berwarna perang kehijau-hijauan.

Spesies sepunya[sunting | sunting sumber]

Bagi membezakan cendawan ini dengan spesies beracun yang lain seperti Scleroderma areolatum, cendawan bebola gergasi perlu dikerat separuh dan menampakkan bahagian dalaman yang berwarna putih padu. Meskipun terdapat juga spesies lain yang berwarna putih dan bentuknya seperti cendawan bebola gergasi tetapi jika dipotong, spesies terbabit sebenarnya mempunyai bahagian pileus padahal Calvatia gigantea berbentuk bebas. Cendawan yang mempunyai bahagian pileus ini berkemungkinan besar beracun.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]