Charlie Sheen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Charlie Sheen
Sheen pada 2012
Kelahiran
Carlos Irwin Estévez

(1965-09-03) 3 September 1965 (umur 58)
Bandar Raya New York, New York, A.S.
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1973–kini
PasanganDonna Peele (1995–96)
Denise Richards (2002–06)
Brooke Mueller (2008–11)[1]
Anak-anak5
Ibu bapaMartin Sheen (bapa)
Janet Templeton (ibu)
SaudaraEmilio Estevez (abang)
Ramon Estevez (abang)
Renée Estevez (kakak)
Laman web rasmiwww.charliesheen.com

Carlos Irwin Estévez (lahir 3 September 1965), dikenali secara profesional sebagai Charlie Sheen, ialah seorang pelakon Amerika. Sheen merupakan anak kepada pelakon Martin Sheen. Beliau menjadi terkenal dalam beberapa siri filem seperti Platoon (1986), Wall Street (1987), Young Guns (1988), Eight Men Out (1988), Major League (1989), Hot Shots! (1991), dan The Three Musketeers (1993).

Pada tahun 2000, Sheen menjadi terkenal dengan peranan televisyennya. Beliau menggantikan Michael J. Fox di Spin City dan penampilannya mendapat Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Terbaik – Siri Televisyen Muzikal atau Komedi dan kemudian membintangi Two and a Half Men dan mendapat beberapa pencalonan Golden Globe dan Anugerah Emmy. Beliau baru-baru ini membintangi siri komedi FX Anger Management, termasuk 100 episodnya pada tahun 2014. Pada tahun 2010, Sheen adalah pelakon yang dibayar dengan bayaran tertinggi di televisyen dan mendapat US$1.8 juta setiap episod Two and a Half Men.[2]

Kehidupan peribadi Sheen telah menjadikan ia sebagai berita utama, termasuk laporan alkohol dan penyalahgunaan dadah dan masalah perkahwinan, serta tuduhan keganasan rumah tangga. Kontraknya untuk Two and a Half Men telah ditamatkan oleh CBS dan Warner Bros pada Mac 2011. Sheen kemudiannya melancong.[3] Pada 17 November 2015, Sheen secara terbuka mendedahkan bahawa beliau positif HIV, setelah didiagnosis kira-kira empat tahun lebih awal.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Keluarga dan hubungan[sunting | sunting sumber]

Sheen telah berkahwin tiga kali. Beliau mempunyai lima orang anak. Anak sulungnya, Cassandra Jade Estevez, dilahirkan pada 12 Disember 1984. Ibunya adalah bekas teman wanita sekolah tinggi, Paula Profit.[5][6]

Pada Januari 1990, Sheen dengan tidak sengaja menembak tunangnya, Kelly Preston, di lengannya.[7] Beliau memutuskan hubungan dengannya tidak lama selepas itu.[8][9][10]

Pada tahun 1990-an, Sheen bertemu janji beberapa pelakon filem, termasuk Ginger Lynn[7][11][12] dan Heather Hunter.[7]

Pada 3 September 1995, Sheen berkahwin dengan Donna Peele.[13][14] Pada tahun yang sama, Sheen dinobatkan sebagai salah satu daripada pelanggan sebuah agensi pengiring yang dikendalikan oleh Heidi Fleiss.[15] Sheen dan Peele bercerai pada tahun 1996.[16]

Pada 15 Jun 2002, Sheen berkahwin dengan pelakon Denise Richards. Mereka mempunyai dua anak perempuan, Sam[17] dan Lola Sheen.[18] Pada bulan Mac 2005, Richards memfailkan perceraian. Beliau menuduh Sheen menyalahgunakan alkohol dan dadah serta ancaman keganasan.[19]

Pada 30 Mei 2008, Sheen berkahwin dengan Brooke Mueller. Isterinya kemudian melahirkan anak kembar mereka, Bob dan Max.[20][21][22] Pada bulan November 2010, Sheen memfailkan perceraian. Pada 1 Mac 2011, polis membawa keluar Bob dan Max dari rumah Sheen.[23]

Pada 1 Mac 2011, Sheen tinggal bersama dua wanita, pelakon pornografi Bree Olson dan model pereka grafik Natalie Kenly. Sheen memanggil mereka "dewi".[24][25][26][27][28] Olson meninggalkan Sheen pada April 2011 dan Kenly ditinggalkan pada bulan Jun 2011.[29][30]

Penyalahgunaan dadah, isu undang-undang dan kesihatan[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Mei 1998, Sheen menderita strok setelah menggunakan kokain secara berlebihan. Beliau telah dimasukkan ke hospital. Sheen sudah pun menjalani percubaan di California kerana melakukan kesalahan dadah sebelum ini. Percubaannya dilanjutkan untuk satu tahun tambahan. Beliau memasuki klinik pemulihan.[31][32] Dalam wawancara pada tahun 2004, Sheen mengatakan bahawa beliau dos berlebihan tersebut adalah percubaannya dengan menyuntik kokain.[33]

Pada 25 Disember 2009, Sheen ditangkap kerana menyerang isterinya, Brooke Mueller di Aspen, Colorado. Beliau dibebaskan pada hari yang sama dari penjara selepas menghantar bon $8,500.[34][35] Sheen dihukum 30 hari di pusat pemulihan dadah, 30 hari percubaan, dan 36 jam pengurusan kemarahan.[36]

Pada 26 Oktober 2010, menurut NYPD, Sheen berkata beliau minum dan menggunakan kokain pada malam itu.[37] Beliau dibebaskan selepas memasuki hospital untuk pemerhatian.[38]

Pada 17 November 2015, Sheen memberitahu bahawa beliau ialah positif HIV. Beliau berkata bahawa beliau telah didiagnosis empat tahun sebelumnya.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Charlie Sheen, Brooke Mueller Officially Divorced", Us Magazine, May 2, 2011
  2. ^ [1]
  3. ^ "Charlie Sheen (Worth $70 Mil?) Will Donate $8.4 Thousand to Japan Relief". Showbiz411. Dicapai pada August 18, 2011.
  4. ^ a b Stephen Battaglio (ed.). "Charlie Sheen reveals he is HIV positive". Los Angeles Time. Retrieved November 17, 2015.
  5. ^ "Charlie Sheen, New Wife Have Baby On the Way". Fox News. August 25, 2008. Dicapai pada September 20, 2008.
  6. ^ "Cassandra Sheen". a11news.com. August 25, 2008. Dicapai pada March 5, 2011.
  7. ^ a b c Faber, Judy (August 24, 2006). "Charlie Sheen". CBS. Dicapai pada October 30, 2009.
  8. ^ "Charlie Sheen Timeline Of Past 25 Years". Dicapai pada March 12, 2012.
  9. ^ "Charlie Sheen: A Timeline of Bad Behavior". Dicapai pada March 12, 2012.
  10. ^ "Charlie Sheen Biography", Biography Channel website. Retrieved October 26, 2010.
  11. ^ Gliatto, Tom (October 16, 2000). "Added Sheen". People. Dicapai pada February 5, 2011.
  12. ^ Scott, Paul (December 30, 2009). "The vengeful wives who want to wipe the floor with Mr Sheen". Daily Mail. London. Dicapai pada February 5, 2011.
  13. ^ "Charlie Sheen at NNDB". Nndb.com. Dicapai pada August 18, 2011.
  14. ^ "Charlie Sheen marries for the third time". Today. Associated Press. June 1, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-15. Dicapai pada March 12, 2011.
  15. ^ Lusetich, Robert (February 28, 2007). "New 'Heidi Fleiss' has stars running". The Australian.
  16. ^ Stated in interview on Inside the Actors Studio, 2007
  17. ^ Stephen M. Silverman (March 16, 2004). "Sheen, Richards Welcome a Baby Girl". People. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-01. Dicapai pada June 1, 2007.
  18. ^ Midler, Caryn (June 2, 2005). "Denise Welcomes Baby Lola!". People. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-04. Dicapai pada June 1, 2007.
  19. ^ "Charlie Sheen Divorce Bombshell". The Smoking Gun. Dicapai pada July 16, 2008.
  20. ^ Wihlborg, Ulrica (May 30, 2008). "Charlie Sheen & Brooke Mueller Get Married". People. Dicapai pada July 17, 2008.
  21. ^ Finn, Natalie (May 30, 2008). "Charlie's Got That Newlywed Sheen". E! Online. Dicapai pada July 17, 2008.
  22. ^ "Charlie Sheen and His Wife Welcome Twins". E! Online. March 15, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-19. Dicapai pada 2017-07-09.
  23. ^ Flam, Lisa (March 2, 2011). "Sheen Loses Custody of Twin Sons". AOL News. Dicapai pada March 17, 2011.
  24. ^ Robinson, Georgina (March 3, 2011). "Charlie Sheen's sons removed from his home". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada March 6, 2011.
  25. ^ "Charlie Sheen, girlfriends describe their life together". New York Post. March 1, 2011. Dicapai pada March 1, 2011.
  26. ^ "Charlie Sheen '20/20′ Interview: Rachel Oberlin Says 'I Would Love to Marry Charlie'". OK!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-06. Dicapai pada March 7, 2011.
  27. ^ "Good Morning America: Charlie Sheen's 'Goddesses': 'We All Love Charlie' (03.01.11)". ABC News video upload onto YouTube. March 1, 2011. Dicapai pada March 1, 2011.
  28. ^ "20/20: Charlie Sheen and His Goddesses (03.02.11)". ABC News video upload onto YouTube. March 2, 2011. Dicapai pada March 4, 2011.
  29. ^ "'Goddess' details time with Sheen". Toronto Sun. July 21, 2011. Dicapai pada August 5, 2011.
  30. ^ "Charlie Sheen is goddess-less". CBS News. June 27, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-07. Dicapai pada August 5, 2011.
  31. ^ "Charlie Sheen's Probation Extended". Daily News. August 12, 1998. Dicapai pada March 10, 2011.
  32. ^ "Charlie Sheen in hospital for drugs, alcohol". CNN. May 22, 1998. Dicapai pada March 10, 2011.
  33. ^ Higginbotham, Adam (January 19, 2004). "How Charlie Sheen saw the light". London: The Telegraph. Dicapai pada March 9, 2011.
  34. ^ "Bond Posted". USA Today. December 25, 2009. Dicapai pada December 25, 2009.
  35. ^ "Charlie Sheen 'threatened to kill wife'". BBC News. December 29, 2009. Dicapai pada December 29, 2009.
  36. ^ Banda, Solomon (August 2, 2010). "Charlie Sheen Pleads Guilty to Aspen Assault". The Huffington Post. Associated Press. Dicapai pada March 9, 2011.
  37. ^ Widdicombe, Ben (October 29, 2010). "In Praise of Celebrity Excuses". The New York Times Style Magazine. Dicapai pada January 30, 2011.
  38. ^ Celona, Larry; Doyle, John; Schram, Jamie (October 26, 2010). "Charlie Sheen trashes room at Plaza Hotel in coke-fueled rampage". New York Post. Dicapai pada January 30, 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]