Countess Di Bawah Tangga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Countess Di Bawah Tangga yang ditulis oleh Eva Ibbotson ialah sebuah novel yang menceritakan tentang Anna Grazinsky, seorang countess Rusia sebelum Perang Dunia I. Dia seorang budak perempuan yang menawan dan yang sentiasa mengesan kebaikan dalam segala perkara dan semua orang, termasuk sepupunya Sergei, adik lelakinya Petya, serta salah satu daripada banyak pengasuhnya, sungguhpun Anna telah dimanjakan dan disayangi oleh ibu bapanya serta juga oleh orang-orang gaji. Walau bagaimanapun, Anna terpaksa melarikan diri dari Rusia selepas Bolshevik merampas kuasa dan ayahnya meninggal dunia. Anna kemudian menjadi seorang pembantu rumah di rumah Earl Westerholme yang digelar Mersham, selepas memujuk pengasuhnya, Pinny, untuk menggajinya. Dia membuat keputusan tidak memberitahu ibu, adik, atau sepupunya Sergei.

Novel ini baru-baru diterbitkan semula dengan judul Countess Rahsia, dan ditujukan kepada para pembaca dewasa muda.