Novel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:2009 new novels in a Berlin bookshop.JPG
Novel di kedai buku di Berlin, Mac 2009

Novel ialah cerita kesusasteraan yang ditulis seseorang penulis. Novel diterjemahkan sebagai cerita panjang atau 'cerpan'. Novel yang mudah ialah hero yang mudah dikenali. Plotnya berdasarkan permulaan, konflik dan peleraian..

Novel biasanya mengisahkan seseorang watak dan watak sampingan dalam bentuk yang panjang. Tebal dan panjang novel ini amat diambil kira. Cerita pendek akan dipanggil 'cerpen'.

Tujuan penulisan[sunting | sunting sumber]

Novel ditulis dalam bentuk prosa bertulis kerana ceritanya panjang, tidak dapat dihabiskan dalam masa sejam dua. Ada novel yang tebalnya 1000 muka surat. Novelis akan menggambarkan tentang sesebuah zaman dan lazim diadunkan dengan percintaan antara hero dan heroin.

Karya agung[sunting | sunting sumber]

Masyarakat pembaca digalakkan membaca karya agung atau novel agung yang tersebar di seluruh dunia atau di sesebuah negara.

Karya agung biasanya tentang sebuah cerita lengkap sesuatu zaman atau era. Contohnya percintaan semasa Perang Dunia Kedua. Ia akan diadun dan diselitkan dengan falsafah dan konflik kemanusiaan supaya dapat menyentuh hati nurani pembaca. Cerita sedih dan dapat mengalirkan air mata pembaca lebih menarik dan diingati berbanding ceritas kelakar.