Creative Commons

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Creative Commons
Logo Creative Commons
Maklumat am
Jenis Pertubuhan tidak beruntung
Ibu pejabat San Francisco, California, Amerika Syarikat
Penubuhan
Pengasas Lawrence Lessig
Identiti
Fokus Pengembangan hakcipta yang berpatutan dan fleksibel
Bidang Lesen Creative Commons
Laman sesawang http://creativecommons.org/

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Creative Commons ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang bermatlamat untuk meluaskan penerbitan jenis karya yang boleh digunakan semula dan dikongsi oleh orang lain. Pertubuhan ini telah menghasilkan beberapa lesen hak cipta yang dikenali sebagai lesen-lesen Creative Commons. Lesen-lesen ini membolehkan si pemberi lesen membenarkan karyanya disalin dan diedarkan semula kepada orang lain, namun sebahagian daripada hak-haknya dipelihara.

Lesen-lesen Creative Commons boleh dikenakan pada pelbagai jenis karya, khususnya karya yang berbentuk seni, umpamanya gambar lukis, karya sastera, dan muzik.

Pada tahun 2004, Projek Creative Commons memperoleh anugerah Golden Nica Award di Prix Ars Electronica bagi kategori "Net Vision".

Lesen-lesen[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan empat syarat utama yang boleh dipilih dalam lesen yang akan digunakan:

Syarat Huraian
Pengiktirafan Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut).
Perkongsian Serupa Jika anda mengubah, menukar atau membina atas karya ini, anda boleh mengedar hasilan karya itu hanya dibawah lesen yang sama, serupa atau sepadan
Bukan Karya Terbitan Anda tidak dibenarkan menganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut.
Bukan komersial Anda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan komersial.

Antara keempat-empat syarat tersebut, Pengiktirafan wajib dipilih dan Perkongsian Serupa tidak boleh digabungkan bersama Bukan komersial. Hasilnya, terdapat enam lesen yang diterbitkan daripada gabungan-gabungan syarat-syarat di atas:

  • Pengiktirafan (by)
  • Pengiktirafan-Perkongsian Serupa (by-sa)
  • Pengiktirafan-Bukan Karya Terbitan (by-nd)
  • Pengiktirafan-Bukan komersial (by-nc)
  • Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa (by-nc-sa)
  • Pengiktirafan-Bukan komersial-Bukan Karya Terbitan (by-nc-nd)

Sesiapa yang mahu melepaskan karya mereka di bawah salah satu daripada lesen-lesen ini boleh melakukan demikian boleh meletakkan teks dari tapak web Creative Commons di karya mereka.

Penyetempatan[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, lesen-lesen Creative Commons ditulis dalam konteks sistem perundangan Amerika Syarikat, oleh itu sesetengah istilah yang digunakan mungkin berbeza dan tidak sesuai dengan undang-undang tempatan bagi negara-negara lain dan tidak boleh dikuatkuasakan dalam badan kehakiman bagi negara-negara tersebut. Bagi menyelesaikan masalah ini, Creative Commons Antarabangsa telah mengambil langkah untuk menyesuaikan lesen-lesen tersebut dengan undang-undang hak cipta pada badan-badan kehakiman yang lain. Sebagai mana pada bulan November 2007, lesen-lesen Creative Commons telah disesuaikan kepada undang-undang tempatan bagi 40 buah negara, dengan 9 buah lagi masih dalam status draf.[1]

Projek-projek yang menggunakan lesen Creative Commons[sunting | sunting sumber]

Beberapa juta laman kandungan web menggunakan lesen Creative Commons. Common Content didirikan oleh Jeff Kramer dengan kerjasama Creative Commons, dan kini sedang diuruskan oleh sukarelawan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://creativecommons.org/international

Pautan luar[sunting | sunting sumber]