Daeng Harris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari D. Harris)
Daeng Harris
Kelahiran(1911-08-10)10 Ogos 1911
Meninggal dunia12 Disember 1990(1990-12-12) (umur 79)
Jakarta, Indonesia
Sebab kematianSakit tua
Nama lainD. Harris
PekerjaanPelakon, penyanyi, pelawak
Tahun aktif1948–1979
Anak-anakJunaidah Haris
Junainah Haris

Daeng Harris (10 Ogos 1911 – 12 Disember 1990) merupakan salah seorang pelakon filem Melayu klasik pada era 40-an hingga 50-an sebelum beliau berhijrah ke dunia perfileman Indonesia.

Beliau merupakan salah seorang orang kuat dalam Malay Film Productions sekitar tahun 1950-an. Daeng Harris merupakan bapa mertua kepada Allahyarham P. Ramlee dengan anak sulungnya, Junaidah Daeng Haris, dan Allahyarham A. Rahim bersama anak bongsunya, Junainah Daeng Haris. Salah seorang cucunya juga seorang seniman di Malaysia iaitu Allahyarham Nasir P. Ramlee. Kini, legasinya diteruskan oleh salah seorang cicitnya sebagai pelakon iaitu Najua P. Ramlee.

Daeng Harris ialah orang pertama yang ditemui P. Ramlee ketika berkunjung ke Studio Jalan Ampas di Singapura untuk memulakan langkah sebagai anak seni. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk berhijrah ke Jakarta untuk meneruskan kerjayanya di sana sejak dari tahun 1954. Di sana, beliau berjaya membintangi sekurang-kurangnya 16 buah filem sehingga tahun 1979. Pada 12 Disember 1990, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat sakit tua pada usia 79 tahun.[1][2][3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Singapura[sunting | sunting sumber]

Indonesia[sunting | sunting sumber]

  • Hang Tuah (1954)
  • Karena Si Dia (1955)
  • Pertiwi (1955)
  • Berbudi (1956)
  • Radja Karet dari Singapura (1956)
  • Hari Libur (1957)
  • Sesudah Subuh (1958)
  • Momon (1959)
  • Teror di Sulawesi Selatan (1964)
  • La Tando di Toradja (1970)
  • Tiada Jalan Lain (1972)
  • Ali Baba (1973)
  • Setan Kuburan (1975)
  • Aladin (1976)
  • Gitar Tua Oma Irama (1977)
  • Romatika Remaja (1979)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://m2indonesia.com/tokoh/sastrawan/daeng-harris.htm Dicapai pada 6 Oktober 2015
  2. ^ "Daeng Harris meninggal dunia", Berita Harian, 12 Disember 1990.
  3. ^ "P. Ramlee’s father-in-law Daeng Harris dies", New Straits Times, 13 December 1990.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]