Daging salai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sandwic daging salai yang disajikan dengan salad, kentang goreng dan separuh jeruk

Daging salai ialah kaedah menyediakan ikan atau daging yang diamalkan sejak zaman prasejarah. Tujuannya ialah untuk mengawet makanan kaya protein ini yang boleh cepat rosak untuk masa yang lama. Terdapat dua mekanisme untuk pengawetan cara ini: penyahhidratan dan sifat-sifat antibakteria asap yang diserap. Pada zaman sekarang, rasa makanan salai yang dipertingkat menjadikannya hidangan dalam kebanyakan budaya.