Salad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Salad
Salad Iceberg di Utara Santa Barbara Counti
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Asterales
Famili: Asteraceae
Genus: Lactuca
Spesies: L. sativa
Nama binomial
Lactuca sativa
L.

Salad (Lactuca sativa) merupakan dalam keluarga daisi Asteraceae. Salad selalunya tumbuh sebagai sayur sayuran berdaun. Di kebanyakan negara, salad dimakan sejuk dan mentah di dalam hidangan salad, hamburger, taco, lain lain hidangan. Di beberapa tempat, seperti di China, salad selalunya dimakan dengan memasak dan pentingnya batang pada sayuran sama seperti pentingnya daun. Nama Inggeris dan nama Latin bagi genusnya asalnya diambil daripada perkataan lac, perkataan Latin untuk "susu",[1] merujuk kepada jus tumbuhan tersebut yang "bersusu". Salah dijelaskan sejak berabad yang lalu sebagai sejenis tumbuhan penyejuk yang seimbang kepada bahan-bahan lain yang dicampurkan dalam salad.[2]

Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.

Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Salad yang kita lihat hari ini sebenarnya datang daripada rumput-rumpai yang dijumpai disekitar Mediterranean. Dihidangkan sejak lebih daripada 4500 tahun dahulu, daun salad sememangnya telah tercatt dalam sejarah- seperti yang dilihat pada lakaran-lakaran makam di Mesir sehinggalah kepada penggambaran beberapa jenis dalam bahan peninggalan sejarah Greek. Christopher Columbus telah memperkenalkan daun salad kepada dunia moden.[3]

Nota Kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Simpson, D.P. (1979). Cassell's Latin Dictionary (edisi ke-5). London: Cassell Ltd. ms. 883. ISBN 0-304-52257-0. 
  2. Grigson, Jane (1978). The Vegetable Book. London: Penguin. ms. hlm. 312–14. ISBN 0-14-046-352-6. 
  3. "Lettuce:Food Facts & Trivia". Diperoleh pada 2007-11-02. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Wikibuku
Wikibuku mempunyai satu buku topik mengenai