Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M.) merupakan darjah yang tertinggi antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia dan tidak mempunyai darjah kecil.

Anugerah ini dikurniakan kepada setiap Baginda Raja yang telah menjadi Yang di-Pertuan Agong. Bilangan ahlinya terhad seramai sepuluh orang sahaja.

Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana. Kalung Darjah diperbuat daripada perak bersadur emas. Bintang Darjah berbentuk pancaran-pancaran emas dan di atasnya berukir timbul motif daun paku (fern). Darjah diperbuat daripada kain sutera merah dan hujungnya berikat reben. Lencana Darjah berbentuk pancaran-pancaran emas dan di atasnya terdapat sekuntum bunga raya. Ia berpaut pada motif Mahkota Diraja Malaysia. Darjah ini dizahirkan pada 18 April 1966 dan diwartakan pada 30 Jun 1966.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]