David Murray-Lyon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
David Murray-Lyon dipecat oleh Jeneral Percival

Mejar Jeneral David Murray-Lyon, DSO*, MC, (1890–1975) adalah seorang pegawai Tentera British India yang menjadi Panglima Divisyen ke-11 India semasa Pertempuran Malaya sehingga saat beliau dipecat oleh Jeneral A. E. Percival kerana tidak kompeten menguruskan pasukannya semasa menentang pasukan Tentera Jepun. Selepas dipecat, Murray-Lyon mengambil persaraan dan kembali untuk menginap di India.

Pada Awal Hayat[sunting | sunting sumber]

Murray-Lyon dilahirkan di Glendale , Northumberland pada 14 Ogos 1890. Dia adalah anak sulung kepada Dr Thomas Malcolm Lyon, dan adalah cucunda kepada David Murray Lyon dari Ayr, Scotland. Murray-Lyon berkahwin dengan Meredith Napier dalam tahun 1916 dan mempunyai dua orang anak perempuan.

Khidmat Tentera[sunting | sunting sumber]

Murray-Lyon ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam tahun 1908 di dalam Tentera Simpanan Britain (Territorial Army) dalam pasukan Royal Garrison Artillery. Dalam tahun 1910, dia ditukarkan ke batalion ke-3 King's Own Scottish Borderers sebagai pegawai simpanan. Dalam tahun 1911 Murray-Lyon menjadi pegawai tetap dan ditukarkan bertugas dengan Batalion Pertama Rejimen Highland Light Infantry berpangkalan di Lucknow, India.

Perang Dunia I[sunting | sunting sumber]

Muyrray-Lyon Berkhdimat Selama 4 tahun Di Perancis Dalam Peperangan Parit Di Barisan Hadapan

Selepas meletusnya Perang Dunia I, banyak rejimen-rejimen British yang berkhidmat di seluruh pelosok empayar dipanggil pulang untuk berkhidmat di Perancis. Batalion Highland Light Infantry dihantar ke Perancis dalam tahun 1914 dan ditempatkan di barisan hadapan pada permulaan tahun 1915. Semasa peperangan parit di Perancis, Murray-Lyon menerima kecederaan sebanyak 2 kali, dan telah Dipuji Dalam Laporan (Mentioned in Dispatches) dan diberikan pingat Military Cross untuk keberanian di Flanders. Dalam tahun 1916, Murray-Lyon dinaikkan pangkat menjadi Mejar dan menjadi Adjutan Batalion ke-4 Highland Light Infantry.

Dalam bulan Disember 1916, Murray-Lyon dijadikan Timbalan Pemerintah Batalion Kedua Highland Light Infantry sehingga buan November 1917 apabila dia dijadikan Pegawai Pemerintah King's Regiment (Liverpool). Semasa dengan batalion ini, Murray-Lyon memenangi anugerah Distinguished Service Order semasa memimpin batalionnya dalam pertempuran di Moeuvres.

Dalam tahun 1917 hingga 1918, Murray-Lyon dipuji sebanyak 3 kali dalam laporan dan dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Kolonel (Sementara) dan menjadi pegawai pemerintah Batalion Kedua Highland Light Infantry dan dalam bulan Jun 1918 menjadi pegawai pemerintah Batalion 1/15 Royal Scots Fusiliers sehingga akhir peperangan.

1919 - 1939[sunting | sunting sumber]

Pingat DSO

Selepas Perang Dunia I Tentera British dikecilkan dan Murray-Lyon, seperti lain-lain pegawai tetap Tentera British diturunkan pangkat menjadi Mejar. Dia kembali sebagai Adjutan dalam Batalion ke-6 Highland Light Infantry. Murray-Lyon kemudian ditugaskan dengan Batalion Ke-2 Highland Light Infantry dalam beberapa tugasan di Mesir dan India.

Dalam tahun 1927, Murray-Lyon berpindah khidmat kepada Tentera British India dan dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Kolonel dalam tahun 1932 dan menjadai pegawai pemerintah Batalion ke-2 Rejimen ke-4 Prince of Wales's Own Gurkha Rifles sehingga tahun 1939 apabila dia menjadi pegawai perantara Tentera British India di Scotland.


Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Apabila Perang Dunia II meletus dalam tahun 1939, Murray-Lyon kembali ke India dan dalam tahun 1940 dia diberikan perintah Briged Zhob, sebuah formasi tempatan. Dalam bulan Oktober, Murray-Lyon dilantik menjadi Panglima Divisyen ke-11 India.


Malaya[sunting | sunting sumber]

British Menyerah Kalah Pada 15 Februari 1942

Apabila Jepun membuat serangan ke atas Pearl Harbor pad a7 Disember 1941, pasukan pendaratan mereka yang ditugaskan menakluk Semenanjung tanah Melayu dan Singapura sudah berada hampir dengan Songkhla, Pattani dan Kota Bharu. Divisyen ke-11 India ditugaskan di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu dan diberikan tanggungjawab khas mempertahankan sempadan dengan Thailand.

Tentera British menjangkakan serangan 3 penjuru dari Songkhla, Pattani dan Kota Bharu tetapi tidak menjangka ketangkasan askar Jepun dan Tentera British kurang bersedia untuk peperangan tropika dan tidak menyediakan pertahanan yang mencukupi. Divisyen ke-11 India sendiri nampak bagus di atas kertas, tetapi pada hakikatnya hanya mempunyai dua batalion regular askar British (satu batalion masing-masing dari The Leicestershire Regiment dan East Surrey Regiment) dan dilengkapkan dengan 3 batalion askar Gurkha dan 4 batalion Tentera India yang baru ditubuhkan (dan belum tamat latihan operasi). Salah satu daripada batalion Gurkha terdiri daripada askar-askar remaja yang baru tiba di Tanah Melayu. Tentera British tidak mempunyai kereta kebal dan kekurangan pesawat udara tempur. Dengan kepincangan ini, Murray-Lyon berhadapan dengan serangan oleh 3 Divisyen askar Jepun yang cukup kelengkapan dan cukup terlatih dan dibantu oleh kereta kebal dan pesawat udara.

Pasukan Jepun menyerang kedudukan yang dipertahankan oleh Divisyen ke-11 India dengan pantas dan secara mengejut, dengan dibantu oleh kereta kebal dan pesawat pengebom. Askar infantry menyerang berduyun-duyun dan sentiasa dapat merusuki (outflank) kedudukan 11 Divisyen . Akibatnya Murray-Lyon terpaksa mengarahakan pasukannya berundur.

Malang sekali bagi Murray-Lyon, kepincangan pertahanan Semenanjung Tanah Melayu tertonjol dan pasukannya tewas dalam setiap pertempuran dengan Tentera Jepun. Selepas 11 F\Divisyen tewas Pertempuran di Slim River, Murray-Lyon dipecat menjadi Panglima 11 Divisyen oleh Percival.

Murray-Lyon was menjadi tawanan perang di Singapura dan dipindahkan ke Formaosa dan Manchuria sehingga tamat perang. Selepas Perang Dunia II, murray-Lyon pulang untuk menetap di India.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]