Kota Bharu

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Koordinat: 6°8′N 102°15′E / 6.133°N 102.25°E / 6.133; 102.25

Kota Bharu
كوت بهارو
Gerbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu.
Gerbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu.
Kota Bharu is located in Malaysia
Kota Bharu
Koordinat: 6°8′0″N 102°15′0″E / 6.13333°N 102.25°E / 6.13333; 102.25
Negara Flag of Malaysia.svg Malaysia
Negeri Flag of Kelantan.svg Kelantan
Kawasan
 - Jumlah 152.1 sq mi (394 km²)
Kepadatan (2005)
 - Total 425,294
 - Kepadatan 2,794.6/sq mi (1,079/km²)
Zon masa MST (UTC+8)
Poskod
Kod kawasan 09
Kota Bharu Bandar raya Islam
Kota Bharu Come Sokmo
Laman web: http://www.mpkb.gov.my/

Kota Bharu (KB) ialah ibu negeri Kelantan. Bandar ini mula dibuka pada masa pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Jumlah penduduk pada 2005 ialah sekitar 425,294 orang. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui lebuh raya terdekat LPT dan susur keluar di Kemaman dan meneruskan melalui Jalan Persekutuan 3 menuju ke Kota Bharu. Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu.

Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.

  • Masjid Sultan Ismail.
  • Pasar Besar Kota Bharu (Kaum wanita banyak berniaga di sini).
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan).
  • Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan).

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Kota Bharu telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1844 oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan banjir. Baginda telah bersemayam di sebuah istana yang digelar "Kota Bharu" sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana.

Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk. Hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar di Pantai Timur Malaysia dengan jumlah penduduk melebihi 500,000 orang.

Penduduk Kota Bharu sememangnya amat kaya dengan budaya yang sungguh unik. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai kota budaya oleh DYMM Al-Sultan Kelantan. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran "Kota Bharu Bandar Raya Islam".

Kota Bharu juga ialah tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua.

[sunting] Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam

Kota Bharu diisytiharkan sebagai Bandar raya Islam pada hari Sabtu 1 Oktober 2005 jam 10 malam oleh Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra di Stadium Sultan Mohammed Ke IV. Perasmian diiringi pertunjukan bunga api sebagai gimik perasmian dan persembahan sajak, dikir barat, nasyid dan nyanyian oleh jemputan khas iaitu Mawi, M. Nasir, Halim Yazid, Kumpulan Rabbani dan Akhil Hayy. Perasmian turut disaksikan oleh ribuan hadirin sehingga terpaksa menonton di layar yang dipasang di beberapa tempat disekitar Kota Bharu.

Selepas perasmian tersebut, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) ditukar nama baru iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Akan tetapi pengisytiharan ini bukan bermakna bandar Kota Bharu telah mendapat status bandaraya sepeti yang lain, tetapi sekadar menggelarkan Kota Bharu sebagai bandar yang bercirikan Islam sebagaimana Melaka digelar Bandaraya Bersejarah atas dasar bercirikan sejarah.

[sunting] Institut Pengajian Tinggi

  1. Akademi Pengajian Islam (API) - Universiti Malaya di Nilam Puri
  2. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Pengkalan Chepa
  3. Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian
  4. Universiti Teknologi MARA di Kota Bharu dan Machang
  5. Universiti Tun Abdul Razak
  6. Kolej Universiti Antarabangsa Twintech (IUCTT)
  7. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Nilam Puri
  8. Kolej PTPL
  9. Kolej Poly Tech Mara Kota Bharu
  10. Kolej Teknologi Darulnaim
  11. Kolej Jaiputra
  12. Kolej Cosmopoint
  13. Politeknik Kota Bharu (PKB) di Kok Lanas
  14. MASTERSKILL College of Nursing & Health
  15. Asia Pacific Flight Training

[sunting] Pautan luar