Daya (fizik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Di dalam fizik, daya yang bertindak ke atas sesuatu objek akan menyebabkan objek itu mengalami Pecutan atau berubah Halaju. Daya merupakan satu kuantiti Vektor. Mengikut Hukum Newton kedua, daya adalah:

 \vec F = m \vec a

dimana

 \vec F adalah Daya
 \mathbf{m} adalah Jisim
 \vec a adalah Pecutan


Daya keunsuran[sunting | sunting sumber]

Ada 4 daya keunsuran yang diketahui: daya graviti, daya keelektromagnetan, daya nukleus lemah (atau salingtindak lemah) dan daya nukleus kuat (atau salingtindak kuat). Daya keelektromagnetan dan daya lemah disatukan menjadi daya elektrolemah dalam teori Salam-Weinberg, dan teori-teori penyatuan agung (GUTs - Grand Unified Theories) cuba menyatukan daya elektrolemah dan daya kuat. Diharapkan suatu Teori Semua Perkara (TOE - Theory of Everything) akan dapat menyatukan semua daya, dan juga semua jirim.



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.