Debam dua tanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Debam dua tanda
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Acanthuriformes
Keluarga: Acanthuridae
Genus: Ctenochaetus
Spesies:
C. binotatus
Nama binomial
Ctenochaetus binotatus
Sinonim[2]

Debam dua tanda, dengan nama saintifik Ctenochaetus binotatus, ialah spesies ikan bersirip ruji laut yang tergolong dalam keluarga Acanthuridae, iaitu debam, debam taji atau barat-barat. Spesies ini mempunyai taburan Indo-Pasifik yang luas.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Debam dua tanda menduduki kawasan berkarang dan puing di lagun dalam dan terumbu ke arah laut lepas. Ia biasanya bersendirian, meragut alga permukaan (Ref. 90102). Ia makan dengan menyauk selaput detritus dan alga uniselular (contoh. dinoflagelat Gambierdiscus toxicus) yang menghasilkan toksin ciguatera yang menjadikan spesies ini hubungan utama dalam kitaran makanan ciguatera. (Ref. 1602, 48637). Spesies ini terdapat di kawasan terumbu karang di Lautan India, termasuk juga Terumbu Karang Besar.[2]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Indo-Pasifik: Afrika Timur sehingga Pulau Tuamoto, utara hingga ke selatan Jepun, selatan hingga tengah New South Wales (Australia) dan New Caledonia. Tidak dijumpai di Laut Merah, Teluk Oman, Kepulauan Hawai, Marquesas, Rapa, Kepulauan Pitcairn, dan Pulau Easter.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Clements, K.D.; Choat, J.H.; Abesamis, R.; dll. (2012). "Ctenochaetus binotatus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2012: e.T177955A1501829. doi:10.2305/IUCN.UK.2012.RLTS.T177955A1501829.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ a b Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2023). "Ctenochaetus binotatus" di FishBase. versi Jun 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]