Deferen dan epikitar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam sistem Ptolemy bagi astronomi, epikitar (secara harfiah: pada bulatan dalam bahasa Yunani) merupakan model geometri yang digunakan untuk menjelaskan variasi pada kelajuan dan arah pergerakan ketara bagi Bulan, Matahari, dan planet. Model ini pertama kali dicadangkan oleh Apollonius dari Perga pada hujung abad ke-3 SM dan diformalkan oleh Ptolemy dari Thebaid dalam treatis astronominya pada abad ke-2 Almagest. Terutamanya, model ini menjelaskan gerakan songsang bagi kelima-lima buah planet yang diketahui pada masa itu. Kedua, model ini menjelaskan perubahan jarak ketara bagi planet-planet dari Bumi.

Model ini dinamai sempena ahli astronomi Yunani, Ptolemy, tetapi telah dikembangkan oleh ahli astronomi Yunani yang sebelumnya seperti Apollonius dari Perga dan Hipparchus dari Rhodes, yang menggunakannya secara meluas, semasa abad kedua SM, hampir tiga abad sebelum Ptolemy. Pergerakan epikitar digunakan dalam Mekanisme Antikythera, sebuah peranti astronomi Yunani purba untuk pengkomputan fasa dan kedudukan Bulan menggunakan empat buah gear, dua buah daripadanya digunakan dalam cara eksentrik yang hampir-hampir menyerupai hukum kedua Kepler, contohnya Bulan bergerak dengan lebih pantas pada perigi dan lebih perlahan pada apogi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Ilustrali animasi[sunting | sunting sumber]

Templat:Astronomi Yunani