Dekstran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dekstran ialah suatu polimer glukosa yang bercabang-cabang dan larut air. Rantai linearnya mempunyai ikatan glikosida α-1:6 sementara titik cabangnya diikat oleh ikatan glikosida α-1:3 dan α-1:4.

Sintesis dekstran tidak melibatkan bahan perantara terfosforil atau sebatian bertenaga tinggi. Justeru, pempolimeran dalam sintesis dekstran adalah berbeza daripada sintesis glikogen. Dekstran dibentuk daripada sukrosa oleh enzim dekstransukrase.