Glukosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Struktur glukosa

Glukosa atau nama kimianya (2R,3S,4R,5R/S)-2,3,4,5,6-pentahidrosilheksanal ialah salah satu monomer bagi karbohidrat. Glukosa adalah monosakarida yang paling banyak terdapat di alam. Ia juga dinamakan dekstrosa.

Terdapat dua jenis glukosa iaitu D-glukosa dan L-glukosa yang dibezakan oleh konfigurasi pada atom karbon kelima. Glukosa kemudiannya dapat membentuk, dari satu rantai memanjang (yang dipanggil unjuran Fischer) kepada, satu struktur siklik (yang dipanggil unjuran Haworth) seperti yang ditunjukkan dalam rajah di sebelah.

Glukosa disintesis oleh tumbuhan hijau dalam proses fotosintesis.

Glukosa ialah sejenis gula ringkas. Tumbuh-tumbuhan menyimpan glukosa sebagai karbohidrat yang dinamai kanji dalam bijirin seperti beras, jagung, barli dan sebagainya.

Glukosa dalam larutan memutarkan cahaya terkutub-satah ke sebelah kanan, maka ia dikenali sebagai gula dekstrosa.

Jumlah glukosa yang diperlukan oleh tubuh setiap hari ialah 160g. 120g daripadanya diperlukan oleh otak setiap hari bagi orang dewasa. Jumlah glukosa yang terdapat dalam cecair tubuh ialah 20g dan yang sedia ada daripada degradasi glikogen simpanan ialah 190g. Justeru, glikogen simpanan dapat membekalkan glukosa kepada tubuh dengan mencukupi untuk tempoh satu hari sahaja. Dalam keadaan kebuluran yang berpanjangan, glukosa mesti dibentukkan daripada sumber bukan karbohidrat.