Derita Pia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Derita Pia
GenreDrama
Ditulis olehSofia J. Rhyland
Sheila Rusly
PengarahAzman "Jinggo" Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Sumpah" oleh Naim Daniel
Lagu penutup"Sumpah" oleh Naim Daniel
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifUzair Haqimy
Luth Mikhail
PenerbitSheila Rusly
PenyuntingAnne Abdul
Tempoh siaran88 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal7 Jun 2019

Derita Pia ialah sebuah telefilem drama Malaysia 2019 arahan Azman "Jinggo" Yahya, terbitan JS Pictures. Ia dibintangi oleh Zara Zya, Naim Daniel dan Alif Satar. Ia merupakan kesinambungan daripada drama Pia dan memulakan tayangan perdana pada 7 Jun 2019 di TV3.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Qis yang telah lama menghilangkan diri tiba- tiba muncul. Qis mengaku bahawa dia masih mencintai Zafran dan ingin mengahwini Zafran memandangkan Pia tidak boleh hamil lagi dan meminta minta Pia untuk merestui dan menganggap kehadirannya hanya untuk membantu meringankan beban Pia menjaga Zafran serta memberikan waris kepada Zafran.

Sedar tentang kelemahan dirinya, akhirnya Pia redha untuk menjadi isteri kedua. Namun pengorbanannya tidak dihargai. Setelah Qis disahkan mengandung, Pia mula disisihkan sehingga Pia nekad untuk mengundur diri. Zafran yang tidak mahu melepaskan Pia, cuba untuk berbincang. Pia meluahkan segala rasa yang selama ini dia pendam dan Zafran mula sedar kesilapannya ini yang sering mengabaikan Pia.

Namun mereka berdua telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Setelah sedar dari koma Zafran terkejut apabila dia dapat melihat semula. Rupanya kemalangan itu telah meragut nyawa Pia. Barulah Zafran sedar bahawa dia sudah dapat lihat dunia semula, tetapi dia kehilangan orang yang paling jujur dan paling ikhlas dengannya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Derita Pia MyInfoTaip (6 Jun 2019). Dicapai pada 8 Jun 2019.