Desa KEDA Nagalilit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Desa KEDA Nagalilit[sunting | sunting sumber]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Nagalilit adalah salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1999. Desa KEDA ini mula diduduki secara berperingkat pada tahun 2000, 2004, 2008, 2012 dan 2014. Bilangan rumah adalah sebanyak 165 buah dan telah memberi manfaat kepada 654 orang penduduk Daerah Kulim.

Sejarah Kampung[sunting | sunting sumber]

Kampung KEDA Nagalilit merupakan kampung rangkaian dibawah Kampung Nagalilit iaitu kampung induk. Asal usul nama kampung ini bermula pada sebelum tahun 1987 di mana jalan yang menuju ke Kampung Nagalilit melalui jalan raya dari Kampung Permatang Durian, akan menemui sebuah bukit yang dikelilingi anak sungai.

Kedudukan anak sungai tersebut yang mengelilingi bukit kelihatan seperti naga yang sedang membelit. Dengan yang demikian, muncullah nama Nagalilit yang dikaitkan dengan bukit yang dililit oleh anak sungai yang menyerupai naga. Sehingga hari ini, nama kampung tersebut dikenali sebagai Kampung Nagalilit.

Penempatan di Desa KEDA Nagalilit mempunyai lima (5) fasa. Bagi fasa pertama, sebanyak 57 buah rumah telah dibina dan diduduki pada tahun 2000, fasa kedua sebanyak 28 buah rumah telah dibina dan diduduki pada tahun 2004, fasa ketiga sebanyak 46 buah rumah telah dibina dan diduduki pada tahun 2008, fasa keempat sebanyak 14 buah rumah telah dibina dan diduduki pada tahun 2012 dan fasa kelima sebanyak 20 buah rumah telah dibina dan diduduki pada tahun 2014.

Info Desa[sunting | sunting sumber]

Nama Desa Desa KEDA Nagalilit
Mukim Nagalilit
DUN Lunas
Parlimen Padang Serai
Daerah Kulim
Negeri Kedah Darul Aman

Geografi[sunting | sunting sumber]

Map

Desa KEDA Nagalilit terletak di Daerah Kulim. Berkonsepkan susun atur kampung yang tersusun dengan keluasan 47.69 ekar meliputi kawasan kediaman, tapak perniagaan, bangunan awam dan kawasan pertanian, Desa KEDA Nagalilit menempatkan sebanyak 165 buah rumah dan telah memberi manfaat kepada 654 orang penduduk Daerah Kulim.  Kawasan pertanian yang luas di kawasan ini telah diusahakan dengan tanaman kelapa sawit.

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 6, Kulim yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Nagalilit. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu dalam pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Nagalilit[sunting | sunting sumber]

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Nagalilit bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut:

Jawatan Penyandang
Pengerusi Mohamad Saad bin Hashim
Timbalan Pengerusi Abu Samah bin Alias
Setiausaha Mohd Rizal bin Md Isa
Bendahari Tadzri bin Ariffin
Biro Teknologi Maklumat Mazli bin Khamis
Biro Belia, Sukan dan Rekreasi Muhammad Daniel Shazuwan bin Mohd Sabri
Biro Pembangunan Nor Fazidah binti Mohd Fodzi
Biro Ekonomi Aznan bin Hamid
Biro Pendidikan Faridah binti Yusoff
Biro Kebajikan Suhaimi binti Jamaluddin
Biro Hal Ehwal Wanita Habsah binti Ishak
Biro Kesihatan Mariani binti Ahmad
Biro Kebersihan Rosnani binti Mohamad
Biro Keselamatan Rozali bin Mat

Maklumat Penduduk[sunting | sunting sumber]

Maklumat penduduk Desa KEDA Nagalilit adalah seperti berikut:

Perkara Bilangan (Orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 654
Jumlah Keluarga 154
Bilangan Penduduk Lelaki 317
Bilangan Penduduk Perempuan 337

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Nagalilit adalah seperti berikut:

Kelulusan Bilangan (Orang)
Sekolah Pondok/ Agama 11
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Kemahiran Bertauliah 287
Diploma 26
Ijazah 9
Jumlah 333

Pendapatan Kasar Isi Rumah[sunting | sunting sumber]

Pendapatan Kasar Isi Rumah Penduduk Desa KEDA Nagalilit adalah seperti berikut:

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (Orang)
<RM530.00 12
RM531.00 - RM790.00 16
RM791.00 - RM1,319.00 125
>RM1,319.00 166

Kegunaan Tanah[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Nagalilit ialah sebanyak 47.69 ekar yang merangkumi kawasan pertanian seluas 27.9 ekar, tapak perniagaan seluas 0.04 ekar, kawasan bangunan awam seluas 2.59 ekar, dan kawasan kediaman seluas 17.16 ekar.

Hak Milik Penduduk[sunting | sunting sumber]

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Nagalilit adalah seperti berikut:

Jenis Kenderaan Bilangan (Unit)
Kereta 151
Motosikal 264
Lori 5
Van 4

Kemudahan Asas[sunting | sunting sumber]

Dari segi infrastruktur asas, terdapat jalan kampung berturap sedia ada sepanjang 1.5km dan bina baru sepanjang 1.0km serta lampu jalan sebanyak 17 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah sebanyak 165 unit rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dengan tahap kepuasan atau litupan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infrastruktur awam, Desa KEDA Nagalilit dilengkapi dengan sebuah surau, sebuah perpustakaan, sebuah pusat ICT, sebuah bilik gerakan dan sebuah lot permainan kanak-kanak serta sebuah gelanggang permainan.

Golongan Khas[sunting | sunting sumber]

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Nagalilit adalah seperti berikut:

Perkara Bilangan (Orang)
OKU 33(L) 20(P)
Bapa Tunggal 6
Ibu Tunggal 16
Anak Yatim 14