Dingane kaSenzangakhona

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dingane kaSenzangakhona
Gardiner - Dingane in Ordinary and Dancing Dresses (1836).png
Dingane dalam pakaian biasa dan tarian.
Kelahiran 1795
Meninggal dunia 1840 (berumur 44–45)
Sebab kematian Dibunuh
Tempat tinggal Selatan Afrika
Nama lain Dingaan
Etnik Zulu
Pangkat Raja
South Africa location map.svg
Red pog.svg
Kraal Dingane

Dingane kaSenzangakhona (sekitar 1795-1840) merupakan seorang ketua puak Zulu dan ditabal sebagai raja pada tahun 1828. Beliau merebut kuasa apabila membunuh abang seibunya iaitu Raja Shaka di tempat yang kini dikenali pekan Stanger. Perebutan kuasa ini berlaku kerana kekejaman Shaka semakin menjadi-jadi selepas kematian ibunya, Nandi. Dari segi kemahiran ketenteraan dan kepimpinan, Dingane tidak sehebat Shaka dan ini mengakibatkan keretakan dalam kerajaannya. Kepimipinannya turut tercabar dengan ketibaan Voortrekkers iaitu bangsa kulit putih dari Eropah.

Pada tahun 1838, beliau telah mengepung dan membunuh lebih kurang 500 Boer dan sebagai balasan puak Afrikaner di bawah pimpinan Andries Pretorius telah melancarkan perang di mana 3,000 orang Zulu terkorban dalam Pertempuran Sungai Darah.

Pada Januari 1840, Andries Pretorius, dengan pasukan komando yang terdiri 400 Burgher, telah membantu MpandeMpande menjadi raja kerajaan Zulu dari 1840 ke 1872. Ini merupakan antara campur tangan orang putih yang pertama di Afrika Selatan.

Dingane telah dibunuh di Hutan Hlatikhulu ForestHlatikulu di Pergunungan Lebombo, Afrika Selatan. Beliau dibunuh oleh Zulu Nyawo, Sambane and Nondawana sewaktu sedang menjalankan ekspedisi ketenteraan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]