Dolfin Berparuh Putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dolfin Berparuh Putih
Saiz berbanding manusia dewasa
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Mamalia
Subkelas: Eutheria
Order: Cetacea
Suborder: Odontoceti
Keluarga: Delphinidae
Genus: Lagenorhynchus
Spesies: L. albirostris
Nama binomial
Lagenorhynchus albirostris
(Gray, 1846)
Julat Dolfin Berparuh Putih

Dolfin Berparuh Putih (Lagenorhynchus albirostris) merupakan mamalia lautan dalam keluarga Delphinidae (dolfin) dalam suborder Odontoceti (paus bergigi).

Taxonomi[sunting | sunting sumber]

Spesies ini pertama kali digambarkan oleh pakar taksonomi British John Edward Gray pada tahun 1846. Disebabkan ia banyak terdapat di laut Eropah, ia merupakan antara genus Lagenorhynchus (lagenos, Latin bagi "botol" atau "kelalang"; rhynchos, "paruh" atau "muncung") yang diketahui oleh sains. Nama saintifiknya , albirostris, diterjemah sebagai "paruh putih", rujukan kepada warna paruh spesies ini, diagnostik sifat (walaupun pembolehubah) yang berguna bagi mengenal pasti.[1]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Dolfin Berparuh Putih adalah spesis dolfin yang lasak dengan paruh yang pendek. Dolfin dewasa boleh mencapai panjang sehingga 2.3 meter (7 kaki 7 inci) 3.1 meter (10 kaki) dan berat 180 hingga 354 kg (400-780 paun). Anak memiliki panjang sekitar 1.1 meter (3 kaki 7 inci) hingga 1.2 meter (3 kaki 11 inci) ketika dilahirkan dan berat kira-kira 40 kg (88 paun). [2] Dolfin ini memiliki ciri paruh pendek tebal putih berkrim dan sirip dorsal berbentuk sabit (melengkung).

Pembahagian[sunting | sunting sumber]

Dolfin Berparuh Putih adalah endemik di Lautan Atlantik Utara dan ditemui dalam jalur merentasi lautan dari Tanjung Cod, muara Sungai St. Lawrence dan selatan Greenland di barat, sekitar Iceland di tengah dan merentas ke barat di utara Perancis ke Svalbard; bagaimanapun, ia tidak begitu menyesuaikan diri dengan keadaan Artik seperti mana beluga atau narwhal. Dolfin ini mudah boleh disalah kenali sebagai Dolfin Putih Sebelah Pasifik, sungguhpun Dolfin Putih Sebelah Pasifik hanya biasa terdapat di sebelah utara. Dolfin Putih Sebelah Pasifik juga biasanya lebih besar, dan tidak memiliki jalur-jalur kuning di sebelah.

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Bilangan, pola pembiakan, dan jangka hayat ikan lumba-lumba ini semuanya tidak diketahui, walaupun kebanyakan sumber menganggarkan beberapa ratus ribu individu, dengan populasi lebih padat di timur Atlantik Utara berbanding di sebelah barat.

Dolfin Berparuh Putih merupakan haiwan akrobatik dan sosial . Mereka sering menunggang gelombang hadapan bot berkelajuan tinggi dan melompat jauh dari permukaan laut. Dolfin Berparuh Putih adalah pemakan berkelompok dan sering dilihat mencari makan bersama-sama dengan Paus Pembunuh, Paus Fin, dan Paus Kelasa, serta lain-lain spesies ikan lumba-lumba.

Gambar[sunting | sunting sumber]

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Populasi Dolfin Berparuh Putih Laut Utara dan Laut Baltik disenaraikan di Lampiran II [3]
Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan