Dewan Bahasa dan Pustaka

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Logo Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (Tulisan Jawi ديوان بهاس دان ڤوستاك ), atau nama asalnya Balai Pustaka, ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Pada 22 Jun 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50. Sempena ulang tahun tersebut Pos Malaysia melancarkan setem kenang-kenangan ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menampilkan denominasi setem bernilai 50 sen (dua rekaan) dan seringgit (RM1).


Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Bangunan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

DBP ditubuhkan sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di Johor Bahru, Johor semata-mata untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Nama asalnya "Balai Pustaka".

Setelah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 - 21 September 1956, Balai Pustaka dinamakan sebagai "Dewan Bahasa dan Pustaka" atas cadangan kongres tersebut. Di samping itu, DBP juga dinaik taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaga sendiri.

Pada tahun 1957, DBP berpindah ke Kuala Lumpur. Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, DBP dinaikkan taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi untuk:

  • menggubal dasarnya yang khusus;
  • menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan
  • menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku yang serupa dengan sektor swasta.

Pada 31 Januari 1962, DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Kemudian pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan pembukaan dua pejabat di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. DBP juga membuka pejabat di Brunei pada tahun 1963. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga buah pejabat lagi, iaitu:

DBP menyambut ulangtahun Jubli Emas 50 Tahun DBP dan perasmian Menara DBP pada 22 Jun 2006.DBP juga berjaya mencungkil bakat terpendam penulis-penulis muda.Antara penulis muda DBP yang terus menampilkan novel-novel berkarya tinggi untuk DBP adalah Cik.Siti Habsah Abdullah,Pn.Malardevi Margamuthu,& En.Syed Satahkatulah Bin Mohamed Kalik.

[sunting] Lebih kuasa

Pada 6 Oktober 2009, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 akan dipinda supaya dapat memberi lebih kuasa kepada DBP untuk menangani penggunaan 'bahasa rojak' di kalangan masyarakat Malaysia. Kuasa itu bukan untuk menghukum sebaliknya lebih kepada memberi pendidikan.[1]

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

[sunting] Rujukan