Dorothy Houston Jacobson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dorothy Houston Jacobson
Jacobson berada di mejanya di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat pada 1967
Kelahiran
Dorothy Houston

(1907-11-13)13 November 1907
Meninggal duniaJulai 13, 1985(1985-07-13) (umur 77)
PekerjaanPendidik, ahli sains politik, pegawai pemerintah
Terkenal keranaPembantu Setiausaha Ehwal Antarabangsa di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (1964–1969)

Dorothy Houston Jacobson (13 November 1907 – 13 Julai 1985) adalah seorang ahli sains politik dan pendidik dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas bersama dan pengerusi Parti Demokratik–Peladang–Buruh Minnesota dan pernah berkhidmat sebagai Pembantu Setiausaha Ehwal Antarabangsa di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat dari tahun 1964 hingga 1969 semasa pentadbiran Presiden Lyndon B. Johnson.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Houston dilahirkan di Herman, Minnesota.[1] Beliau dilatih sebagai seorang cikgu di Maktab Perguruan Negeri St. Cloud serta memperoleh ijazah sarjana muda dan sarjana di Universiti Minnesota.[2] Beliau juga menulis tesis sarjananya mengenai "China dan Liga Bangsa" (1928).[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stuhler, Barbara; Kreuter, Gretchen V. (1998). Women of Minnesota: Selected Biographical Essays (dalam bahasa Inggeris). Minnesota Historical Society Press. m/s. 352–353. ISBN 978-0-87351-367-8.
  2. ^ "Dorothy H. Jacobson Dies". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Dicapai pada 2 Mac 2022.
  3. ^ Houston, Dorothy (1928). China and the League of Nations (dalam bahasa Inggeris). Universiti Minnesota.