Presiden Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Presiden
Amerika Syarikat
Seal Of The President Of The United States Of America.svg
Cap mohor rasmi
Official portrait of Barack Obama.jpg
Penyandang
Barack Obama

sejak 20 Januari 2009
Sapaan Honorable
(dalam A.S)
Excellency
(luar A.S)
Kediaman Rumah Putih
Tempoh 4 tahun, hanya boleh dipilih semula sekali
Penyandang Pertama George Washington
30 April 1789
Mula dibentuk Perlembagaan Amerika Syarikat
4 Mac 1789
Laman web whitehouse.gov/president
Amerika Syarikat

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Amerika Syarikat



Negara lain · Atlas
 Portal Kerajaan A.S.

Presiden Amerika Syarikat (kadang kala disingkatkan namanya sebagai POTUS, (Bahasa Inggeris: President Of The United States[1] adalah ketua negara dan ketua kerajaan Amerika Syarikat. Presiden juga adalah ketua cawangan eksekutif kerajaan pusat yang mana untuk melaksanakan undang-undang seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Jawatan ini diwujudkan dengan persetujuan Perlembagaan Amerika Syarikat pada 1788 dengan presiden pertama dilantik pada 1789. Seorang Presiden Amerika Syarikat hanya boleh menjawat selama dua masa penggal yang masing-masing mempunyai tempoh sepanjang empat tahun.

Artikel Dua Perlembagaan mengukuhkan presiden sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan menghitung kuasanya secara spesifik yang diberikan kepada seorang presiden, termasuklah kuasa untuk menandatangani sesuatu akta menjadi undang-undang atau memvetonya trmasuklah kuasa untuk menandatangani menjadi undang-undang atau akta-akta yang diluluskan oleh Kongres. Presiden itu mempunyai kuasa untuk membina satu kabinet penasihat-penasihat dan untuk memberikan keampunan atau penangguhan hukuman. Akhirnya, dengan "nasihat dan persetujuan" dari Senat, untuk membuat perjanjian, melantik pegawai-pegawai pusat, Pesuruhjaya Tinggi , dan hakim, termasuklah Mahkamah Agung. Oleh kerana pegawai dari jabatan lain, perlembagaan denga para pegawai, perlembagaan menghadkan presiden dengan satu set dengan satu set timbal balik ia dirangka untuk menghadkan individu-individu daripada mengambil kuasa mutlak.

Senarai presiden[sunting | sunting sumber]

*Nota: Grover Cleveland menjadi presiden dua kali tidak berturut-turut. Oleh itu, George W. Bush ialah presiden ke-43 walaupun dia merupakan orang ke-42 yang menjawat.

Syarat menjadi Presiden[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Amerika Syarikat menyatakan:

"Tidak seorang pun, selain daripada warganegara asli, atau warganegara Amerika Syarikat pada waktu berlakunya Perlembagaan ini, dapat memangku jawatan presiden; dan tidak seorangpun yang dapat memangku jawatan tersebut, kecuali dia telah mencapai umur 35 tahun dan telah tinggal di Amerika Syarikat selama 14 tahun."

Setiap presiden perlu bersumpah:

"Saya bersumpah dengan khidmat bahawa saya dengan setia akan melaksanakan jawatan Presiden Amerika Syarikat dan dengan segala kesanggupan yang ada pada saya akan memelihara, melindungi, dan mempertahankan Perlembagaan Amerika."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Safire, William (1997-10-12). "On Language; Potus and Flotus". The New York Times. http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9805E6DC1F3DF931A25753C1A961958260. Capaian 2007-08-20. 

Buku lanjutan[sunting | sunting sumber]

  • Buku Presiden - Presiden Amerika Serikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]