Double Faced Eels

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Double Faced Eels
Double Faced Eels, 2008
Latar belakang
Berasal dariRiga, Latvia
GenreRock alternatif
Tahun aktif2000–kini
Syarikat rakaman
Platforma Records
Laman sesawang
Official Website
AhliMārtiņš Gailītis (Marka)
Eduards Veinbrants (Chikys)
Reinis Briģis
Pauls Ķesteris

Double Faced Eels (DFE) merupakan kumpulan rock alternatif dari Riga, Latvia yang ditubuhkan pada 1999.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Single pertama kumpulan ini, To Take Breath telah menduduki tangga pertama dalam Radio SWH Top 40 yang menjamin tempat mereka dalam salah satu rancangan pertandingan muzik di Latvia - Radio SWH Top of the Year (2004), menjadi permulaan kerjaya muzik mereka.

Pada musim panas 2005, kumpulan terkenal Latvia, Brainstorm, menawarkan DFE sebagai persembahan pembukaan untuk jelajahan album Four Shores mereka. DFE telah muncul dalam tiga persembahan Brainstorm stermasuk di Riga, Mežaparks di hadapan lebih 40,000 orang penonton.

DFE melancarkan album pertama mereka pada musim sejuk 2005.

Pada 2007, DFE melancarkan album kedua mereka Kurš gribēja nogalināt Džūliju? Nezinu, bet trāpīja mums (Inggeris : Who wanted to kill Julia? I don't know, but they hit us).

Pada 2009, Briģis, Čikijs dan Ķesteris meninggalkan kumpulan ini. Selepas itu, Darius Petrauskas dan Viktors Maslovs dipilihn menyertai kumpulan ini. DFE turut mengadakan pertandingan untuk mencari pemain gitar mereka. Lebih dari 100 penyertaan, Reinis Straume (sebelum ini ahli Disfunk, New Old) dipilih sebagai pemain gitar baharu DFE. Ronalds Briežkalns pula menyertai DFE tidak lama kemudian.

Album ketiga DFE Vēl patiesāk dilancarkan pada 2010.

Muzik kumpulan ini banyak dipengaruhi muzik Green Day, Blink 182, Hoobastank, Foo Fighters, Rage Against the Machine, Fall Out Boy, dan Reel Big Fish.

Ahli[sunting | sunting sumber]

Terkini[sunting | sunting sumber]

  • Marka (Mārtiņš Gailītis)
  • Reinis Straume
  • Viktors Maslovs
  • Ronalds Briežkalns

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  • Reinis Briģis
  • Chiky
  • Pauls Kesteris
  • Darius Petrauskas
  • Kristaps Ērglis

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Judul Tahun
Zilais valis 2005
Kurš gribēja nogalināt Džūliju? Nezinu, bet trāpīja mums 2007
Vēl patiesāk 2010