Drama Band

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Drama Band
Berasal dariMalaysia
Genre
Instrumen
Tahun aktif2010-kini
Syarikat rakaman
MVM Production
AhliAepul Roza (vokalis)
Daus (bass)
Adib (gitar)
Faeez (drum)
Omey (keyboard)
Bekas ahliAmmar (gitar)

Drama Band (Jawi: دراما بند) merupakan sebuah band rock yang berasal dari Malaysia. Mereka mula dikenali sebagai Dramatics Vibe selepas muncul naib juara menerusi program Twisties Bingit Hot FM pada 2010.

Mereka mula dikenali dengan lagu single mereka bertajuk Babak Pertama (2011), Biarkanlah (2015) dan Drama (2019).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Mei 2020, Drama Band telah keluarkan single bertajuk Bertahanlah yang diciptakan khas untuk semua frontliners Malaysia yang telah merisikokan nyawa sendiri untuk berperang dengan virus COVID-19 dan untuk memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia.[1] Video rasmi lagu ini telah dimuat naik di akaun rasmi Aepul Roza iaitu vokalis kumpulan ini.[2]

Selain itu pada 24 April 2020, Drama Band telah mengeluarkan single bertajuk Kayangan.[3]

Pada 9 Julai 2020, Drama band telah mengeluarkan single terbaru mereka bertajuk JBKT atau nama panjangnya Jangan Bikin Kerja Tuhan di akaun Youtube MVM Music[4] Menurut ketua kumpulan dan vokalis Drama Band, Aepul mengatakan bahawa lagu ini diinspirasikan daripada ayat 85 dalam surah Al-Isra.[5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album Nota
2011 "Babak Pertama" Single
2012 "Cerita Dia"
2014 "Jiwa"
2015 "Biarkanlah"
2016 "Mencinta Kamu"
2019 "Drama"
"Satu Satu" menampilkan AG Coco
2020 "Kayangan"
"Bertahanlah"
"JBKT"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bertahanlah is Drama Band's tribute to frontliners. new straits time. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  2. ^ Bertahanlah (Official Music Video). aepul roza. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  3. ^ Drama Band has a message for MCO flouters. the star. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  4. ^ Drama Band - JBKT (Official Music Video). mvm music. Dicapai pada Julai 10, 2020.
  5. ^ Inspirasi Drama Band dari surah Al-Isra'. harian metro. Dicapai pada Julai 10, 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]