Dukung anak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dukung anak
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperms
(tiada peringkat): Eudicots
(tiada peringkat): Rosids
Order: Malpighiales
Keluarga: Phyllanthaceae
Genus: Phyllanthus
Spesies: P. niruri
Nama binomial
Phyllanthus niruri
L.
Sinonim

Phyllanthus amarus

Dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus niruii Linn[1], [2], [3] dari keluarga "Euphorbiaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Pokok dukung anak merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah. Pokok Dukung anak juga digunakan sebagai herba perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan penyakit berkaitan hati.

Pokok dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi. Daun pokok dukung anak jenis majmuk bipinat. Daun pokok dukung anak kecil berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm. Tiada tangkai daun tetapi terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau.

Dukung anak Phyllanthus niruri

Batang dukung anak licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka. Bunga Dukung anak muncul bersendirian di bawah daun. Bract berbentuk tiga segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga dukung anak; jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya 1 mm panjang. Keseluruhan herba dukung anak digunakan dalam perubatan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]