EDVAC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) merupakan salah satu komputer elektronik yang pertama di dunia, ia menggunakan sistem binari berbanding sistem desimal yang digunakan oleh ENIAC.

Sejarah projek[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk bagi EDVAC telah lama wujud, malah sebelum komputer jenis ENIAC mula beroperasi. EDVAC dicipta untuk tujuan menyelesaikan masalah yang terdapat pada ENIAC. EDVAC dicipta En. John von Neumann bagi pihak tentera Amerika Syarikat.

Pada mula peruntukan yang di berikan untuk membina EDVAC ialah $100,000, tetapi malangnya kos pembiayaan projek tersebut telah mencecah sehingga lima kali ganda peruntukan yang sebenar iaitu $500,000. Ia dibina di The Moore School of Electrical Engineering dan dihantarkan kepada BRL Computing Laboratory di Aberdeen Proving Ground pada Ogos 1949.

Secara umum komponen-komponen yang membina EDVAC ialah seperti berikut;

  • Pita perakam magnetik
  • Unit pengawalan dengan osiliskop.
  • 6,000 tiub vakum
  • 12,000 diod yang menggunakan jumlah tenaga sebanyak 56 kW.
  • Pemasa (Timer)
  • 3 tangki simpanan sementara yang memegang satu ayat
  • satu unit peralatan dispatch yang menerima arahan dari pengawal dan ingatan yang akan menyampaikan arahan tersebut ke unit yang lain.
  • satu unit pemprosesan data (computational unit) yang mampu melakukan operasi matematik (arithmetic).