Ekonomi Mauritius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sejak kemerdekaan pada tahun 1968, Mauritius telah berkembang daripada ekonomi berasaskan pertanian yang berpendapatan rendah kepada ekonomi yang lebih bercampur dengan perkembangan sektor industri, kewangan, dan pelancongan. Perkembangan tahunan adalah di sekitar 5% hingga 6%. Akibat daripada perkembangan ini, jangka hayat hidup manusia telah meningkat, kematian bayi telah menurun, dan infrastruktur telah banyak dimajukan.

Aktiviti penanaman tebu merangkumi 90% daripada jumlah aktiviti pertanian dan menyumbang kepada 25% pendapatan daripada eksport. Kemarau pada tahun 1999 telah menyebabkan kerugian teruk dalam sektor ini. Strategi perkembangan kerajaan berpusat pada pelaburan dari luar negara. Mauritius telah menarik minat lebih daripada 9000 pelabur asing, kebanyakannya berarah kepada perdagangan di India and Afrika Selatan, dan pelaburan dalam sektor perbankan telah mencapai lebih daripada 1 bilion dolar Amerika. Pencapaian ekonomi dari tahun 2000 hingga 2004 mengakibatkan perkembangan ekonomi yang pesat dan masalah pengangguran meningkat kepada 10.2% pada 2003.