Mauritius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Mauritius
ريڤوبليك موريشيوس
Bendera
Moto: "Stella Clavisque Maris Indici"  (Latin)
"Bintang dan kunci Lautan Hindi"
Lagu: Motherland
Ibu negara
dan bandar terbesar
Port Louis
20°10′S 57°31′E / 20.167°S 57.517°T / -20.167; 57.517
Bahasa rasmi Bahasa Inggeris
Kerajaan Republik
 -  Presiden Anerood Jugnauth
 -  Perdana Menteri Navinchandra Ramgoolam
Kemerdekaan daripada United Kingdom
 -  Tarikh 12 Mac 1968 
 -  Republik 12 Mac 1992 
 -  Perairan (%) 0.05
Populasi
 -  Julai 2005 (anggaran) 1,145,000 (153)
KDNK (PPP) 2006 anggaran
 -  Jumlah $17.08 bilion (115)
 -  Per kapita $13,703 (51)
HDI (2004) 0.800 (tinggi / 63)
Mata wang Rupee Mauritius (MUR)
Zon waktu MUT (UTC+4)
 -  Musim panas (DST) tidak diperhatikan (UTC+4)
Kod panggilan 230
Internet TLD .mu

Mauritius adalah sebuah pulau di barat daya Lautan Hindi, lebih kurang 900 km timur Madagaskar. Pulau ini merupakan sebahagian Kepulauan Mascarene, dengan pulau Réunion Perancis 200 km di barat-daya dan pulau Seychelles di barat-laut negara itu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Mauritius

Pulau ini mencapai kemerdekaan pada 1968 daripada British selain penjajah terdahulu iaitu bermula Portugis, Belanda dan Perancis. Pulau ini ditemui oleh pihak Portugis pada 1505 dan dijajah oleh Belanda pada 1638, yang menamakan pulau ini Mauritius untuk menghargai jasa Putera Maurits van Nassau seorang perwira Belanda yang telah memberontak menentang kerajaan Sepanyol . Pada abad ke-18, pihak Perancis telah menawan pulau ini dan menamakannya Ile de France iaiatu bahasa Perancis untuk Kepulauan Perancis. Pulau ini diambilalih oleh pihak British pada 1814 dan kembali kepada nama asalnya.

Negara ini mencapai kemerdekaan pada 1968, dan menjadi republik pada 1992. Mauritius merupakan sebuah negara demokrasi yang stabil dengan pilihan raya bebas serta rekod hak asasi manusia yang baik berbanding dengan kepulauan yang lain. Ia juga telah menarik minat ramai pelabur asing dan merupakan negara Afrika yang mempunyai pendapatan per kapita yang tertinggi di benua ini.

Politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Politik Mauritius

Ketua Negara Mauritius ialah presiden, yang dilantik setiap lima tahun oleh National Assembly, parlimen unikameral di kepulauan ini. Dari 66 ahli National Assembly, 62 diplih secara undi popular, manakala 4 dilantik sebagai wakil kaum etnik minoriti di sini, bergantung kepada keputusan pilihan raya. Parlimen pula diterajui oleh Perdana Menteri dan majlis menteri-menteri.

Daerah dan tanggungan[sunting | sunting sumber]

Kepulauan Mauritius terbahagi kepada 9 daerah:

Tiga gugusan juga dimiliki oleh Mauritius adalah "tanggungan":

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Mauritius
Peta Mauritius

Bersama dengan Réunion and Rodrigues, Mauritius adalah sebahagian daripada Kepulauan Mascarene. Kepulauan-kepulauan yang kecil ini terhasil sejak berjuta-juta tahun yang lalu akibat daripada letupan gunung berapi bawah tanah. Pulau Mauritius terletak di atas tanah tinggi, puncak tertingginya, Piton de la Riviere Noire terletak di barat daya dengan ketinggian 828 m. Di sekitar tanah tinggi ini, kawah gunung berapi yang asal masih dapat dibezakan daripada beberapa gunung yang lain.

Pulau ini mempunyai iklim tropika, dan boleh berubah akibat angin tenggara; musim sejuknya adalah di antara bulan Mei hingga November dan musim panasnya adalah di antara bulan November hingga Mei. Pulau ini dilanda puting beliung pada bulan November-April.

Ibu negara pulau ini, yang juga merupakan bandar terbesar ialah Port Louis, yang terletak di barat laut. Lain-lain bandar yang penting termasuklah Curepipe, Rose Hill, Quatre Bornes dan Vacoas.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi Mauritius

Sejak kemerdekaan pada tahun 1968, Mauritius telah berkembang daripada ekonomi berasaskan pertanian yang berpendapatan rendah kepada ekonomi yang lebih bercampur dengan perkembangan sektor industri, kewangan, dan pelancongan. Perkembangan tahunan adalah di sekitar 5% hingga 6%. Akibat daripada perkembangan ini, jangka hayat hidup manusia telah meningkat, kematian bayi telah menurun, dan infrastruktur telah banyak dimajukan.

Aktiviti penanaman tebu merangkumi 90% daripada jumlah aktiviti pertanian dan menyumbang kepada 25% pendapatan daripada eksport. Kemarau pada tahun 1999 telah menyebabkan kerugian teruk dalam sektor ini. Strategi perkembangan kerajaan berpusat pada pelaburan dari luar negara. Mauritius telah menarik minat lebih daripada 9000 pelabur asing, kebanyakannya berarah kepada perdagangan di India and Afrika Selatan, dan pelaburan dalam sektor perbankan telah mencapai lebih daripada 1 bilion dolar Amerika. Pencapaian ekonomi dari tahun 2000 hingga 2004 mengakibatkan perkembangan ekonomi yang pesat dan masalah pengangguran meningkat kepada 10.2% pada 2003.

Demografik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Demografi Mauritius

Mauritius mempunyai dua bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Bahasa Perancis masih lagi digunakan dengan banyak walaupun kekuasaan Perancis telah hilang sejak 200 tahun yang lalu. Bahasa Creole, yang berasaskan Bahasa Perancis dan dipengaruhi Bahasa Inggeris dan Bahasa Afrika, juga digunakan secara meluas. Bahasa Hindi dan Urdu juga digunakan.

Bahasa Hindi dan Urdu digunakan oleh waris buruh-buruh yang dibawa dari India oleh pihak British. Masyarakat Indo-Mauritia ini merangkumi 70% daripada jumlah penduduk, manakala penduduk yang lain terdiri daripada orang Afrika, orang Perancis, Orang Cina etnik atau keturunan bercampur.

Antara semua agama, masyarakat Hindu merangkumi 50% dan kebanyakan daripada bakinya terdiri daripada masyarakat Kristian dan Islam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]