Empangan Beris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Empangan Beris ialah empangan isian batuan muka konkrit yang terletak di lembah Sungai Beris yang sempit 1.6km di hulu pertemuannya dengan Sungai Muda di daerah Sik, dalam negeri Kedah, Malaysia. Empangan ini dibina dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan siap tahun 2004.[1] Majlis perasmian Penakungan Air Empangan Beris telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Sharif bin Omar pada 06 Febuari 2004.[2]

Empangan Beris digunakan untuk mengawal aliran dalam Lembangan Sungai Muda untuk menambah air yang boleh didapati untuk pengairan padi/tanaman tanah tinggi, bekalan air domestik dan perindustrian serta penggunaan lain. Takungan pada aras biasa kolam akan meliputi keluasan 13.7km2 sementara pada aras kolam maksimum akan membanjiri keluasan 16.1km2. Jangkaan kapasiti storan kasarnya ialah 1224Mcm dengan storan berkesan 144Mcm.[3]

Berhampiran dengan Empangan Beris terdapat perusahaan menanam anggur yang mempunyai keluasan 4 ekar dengan jumlah tanaman anggor sebanyak 1000 pokok dan di Sungai Senam dengan keluasan 30 ekar dengan jumlah tanaman sebanyak 7000 pokok.[4]


Rujukan[sunting | sunting sumber]