Enjin pesawat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Enjin sebaris songsang, 6-silinder, penyejukan udara - Ranger L-440 yang digunakan pada pesawat Fairchild PT-19.
Enjin putar pada pesawat Le Rhone 9C.
Sebuah enjin jenis-V, pneyejukan cecair - Allison V-1710.
Sebuah enjin jejari.
Enjin turboprop Garrett TPE-331. Perhatikan kotak giar di hadapan enjin.
Enjin turboshaft Rolls-Royce Model 250 menjadi satu kelaziman pada banyak jenis helikopter.

Enjin pesawat merupakan suatu sistem dorongan untuk pesawat udara. Enjin pesawat hampir kebiasaannya sama ada enjin piston ringan atau turbin gas. Artikel ini akan memberi gambaran keseluruhan jenis-jenis asas enjin pesawat dan konsep rekabentuk yang digunakan dalam pembangunan enjin untuk pesawat.

Sejarah enjin pesawat[sunting | sunting sumber]

  • 1633: Lagari Hasan Çelebi berlepas dengan menggunakan roket berbentuk kon, kemudian meluncur dengan menggunakan sayap dan berjaya mendarat dengan selamat.
  • 1848: John Stringfellow membina enjin wap yang boleh menjana model, meskipun dengan beban yang kecil.
  • 1903: Wright Bersaudara mengarahkan Charlie Taylor bagi membina enjin udara sebaris (12 kuasa kuda) untuk Wright Flyer.
  • 1908: René Lorin mematenkan rekabentuk enjin ramjet.
  • 1909: Enjin putar Gnôme ciptaan Roger Ravaud yang dipasang pada pesawat Henry Farman telah memenangi Grand Prix untuk penerbangan tanpa henti paling jauh - 180 kilometer (110 batu) - dan telah mencipta rekod dunia untuk penerbangan lasak.
  • 1911: Enjin putar ciptaan Adams-Farwell dipasang pada pesawat kepak kaku di Amerika Syarikat.
  • 1916: Auguste Rateau mencadangkan penggunaan pemampat berkuasa ekzos bagi menambahbaik prestasi di aras tinggi, ia merupakan contoh pertama pengecas turbo.
  • 1930: Frank Whittle telah menghantar paten pertama beliau.
  • 1938: Turbojet Heinkel HeS 3 Jerman memacu pesawat Heinkel He 118 ke udara.
  • 1939-1942: Pesawat turboprop pertama di dunia Jendrassik Cs-1 telah direka oleh jurutera mekanik Hungary György Jendrassik.
  • 1944: Messerschmitt Me 163 Komet, pesawat berkuasa roket pertama di dunia dibina.
  • 1947: Pesawar berkuasa roket, Bell X-1 melepasi kelajuan bunyi.
  • 1948: Enjin turboshaft pertama, berkuasa 100 shp 782. Pada 1950, rekaan ini digunakan bagi membangunkan enjin yang lebih besar, Artouste yang boleh menghasilkan kuasa sebanyak 280shp.
  • 1949: Pesawat berkuasa ramjet pertama di dunia, Leduc 010 diterbangkan.
  • 1950(late): Turbofan pengeluaran pertama di dunia, Rolls-Royce Conway mula digunakan.
  • 1960s: TF39 turbofan bersaluran tinggi mula digunakan dan mampu memberi lebih tujahan dan kecekapan yang lebih baik.
  • 1960s: Pesawar roket, X-15 terbang dengan ketinggian lebih dari 50 batu pada kelajuan 3,000 bsj.
  • 2002: Scramjet HyShot terbang dalam menjunam.
  • 2004: Hyper-X, scramjet pertama berupaya kekal pada ketinggian.

Jenis-jenis enjin[sunting | sunting sumber]

Rekabentuk baru[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]