Ensefalitis artritis kambing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ensefalitis artritis kambing (Caprine Arthritis Encephalitis, CAE) merupakan jangkitan lentivirus terhadap kambing yang boleh menyebabkan penyakit kronik pada sendi kaki dan jarang-jarang sekali ensefalitis.

Ada pelbagai gejala penyakit ini. Kambing dewasa boleh menghidap artritis dan kesakitan apabila berjalan. Sendi lutut mungkin keradangan dan bengkak, maka kambing akan beransur-ansur melemah. Kadang-kadang penghidap tidak mampu berdiri.

Setakat tahun 2014 tiada sebarang penawarnya. Kambing yang didapati positif menghidap penyakit ini lazimnya diasingkan daripada kawanannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]