Perubatan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
- PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.
- Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.
- Rencana ini ialah mengenai sains perubatan dan praktis secara umum. Untuk bahan yang mengubat pesakit, sila lihat dadah, ubat dan farmakologi
Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk menghalang dan menyembuhkan penyakit. Walaubagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah.
Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan (medical profession). Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit.
Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat). Sistem rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat).
Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai-bagai sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik, penyelidikan perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan.
[sunting] Amalan perubatan
Amalan perubatan menggabungkan ilmu sains sebagai asas bukti dan juga seni dalam penggunaan pengetahuan perubatan ini dengan gerak hati dan pertimbangan klinikal untuk menentukan langkah perawatan bagi setiap pesakit.
Dalam sesuatu 'pertemuan perubatan', penyedia perkhidmatan kesihatan perlu:
- mencetuskan sesuatu hubungan dengan pesakit
- mengumpul data (riwayat perubatan, soal siasat sistem, pemeriksaan fizikal, serta kajian makmal atau pengimejan)
- menganalisis dan mensintesis data (penilaian atau diagnosis berbeza)
- menyediakan satu rancangan perawatan
- merawat pesakit mengikut rancangan
- menilai progres perawatan dan mengubah rancangan mengikut keadaan
Pertemuan perubatan itu pula direkodkan dalam rekod perubatan, yang merupakan dokumen undang-undang.
[sunting] Pautan luar
- NLM (US National Library of Medicine, contains resources for patients and health care professionals)
- eMedicine Physician contributed medical articles and CME
- WebMD General comprehensive online health information
- KMLE Medical Dictionary Medical dictionary and medical related links

