Ensiklopedia Falsafah Stanford

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Ensiklopedia Falsafah Stanford (Stanford Encyclopedia of Philosophy (SEP)) ialah ensiklopedia falsafah dalam talian yang diselenggara Universiti Stanford. Setiap entri ditulis dan diselenggara seorang pakar dalam bidang, termasuk professor dari lebih 65 institusi akademik di seluruh dunia. Para penulis yang menyumbang kepada Ensiklopedia memberi kebenaran kepada Universiti Stanford untuk menerbit artikel, tetapi memegang hak cipta artikel. [1] Sehingga 20 Januari 2011, SEP megandungi 1260 yang diterbitkan. Selain status dalam taliannya, ensiklopedia menggunakan pendekatan akademik tradisional yang diguna kebanyakkan ensiklopedia dan jurnal akademik bagi menentukan mutu melalui:

  • penulis pakar dipilih oleh penyunting atau jawatankuasa penyunting yang cekap (tidak semestinya pakar) di dalam bidang yang termasuk di dalam ensiklopedia; dan
  • kajian semula setara.

Ensiklopedia ini ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Edward N. Zalta, dengan tujuan tak tersirat bagi menyediakan ensiklopedia dinamik yang sering dikemaskini, supaya tidak menjadi lapuk seperti ensiklopedia tercetak. Piagam ensiklopedia ini membenarkan artikel-artikel saingan tentang sesuatu topik bagi mencerminkan percanggahan hujah berdasarkan logik di kalangan para sarjana. SEP telah dibangunkan pada mulanya dengan dana awam A.S. daripada NEH dan NSF. Pelan jangka panjang mengutip dana bagi mengekalkan akses terbuka kepada Ensiklopedia didokong banyak perpustakan universiti dan konsortium perpustakaan. Institusi-institusi ini menyumbang di bawah pelan yang direka SEP secara usaha sama dengan Scholarly Publishing and Academic Resources Coalition (SPARC), International Coalition of Library Consortia (ICOLC) dan Southeastern Library Network (SOLINET), dengan dana padanan daripada NEH.

See also [sunting]

References [sunting]

External links [sunting]

                                                                       :

Templat:Stanford UniversityTemplat:Philo-book-stub