Félicette

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Félicette
Spesies Kucing

Félicette kini merupakan satu-satunya kucing yang telah dihantar ke angkasa currently the only cat to have been sent into space[1] dan terselamat. Félicette ialah kucing pertama yang dihantar ke angkasa oleh mana-mana negara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 3 November 1957, orang Soviet telah menghantar Laika, seekor anjing, ke angkasa dalam Sputnik 2. Anjing itu terbiar di jalanan Moscow. Anjing itu mati di angkasa dan merupakan haiwan hidup pertama yang memasuki angkasa. Enos ialah cimpanzi pertama yang mengelilingi Bumi pada 29 November 1961, dihantar oleh orang Amerika (NASA). Cimpanzi itu terselamat dalam penerbangan itu dan mengelilingi Bumi dalam masa satu jam dan 28 minit.

Misi angkasa[sunting | sunting sumber]

Perancis menmpunyai sekitar empat belas ekor kucing dalam latihan (dalam kelengkapan seperti empar G tinggi dan kebuk mampatan) pada tahun 1963. Haiwan itu dilatih oleh Centre d'Enseignement et de Recherches de Médecine Aéronautique (CERMA).

Pada 18 Oktober 1963 jam 8:09 pagi, dalam roket ujian Perancis (untuk penyelidikan) Véronique AGI 47 (dibuat di Vernon, Eure, Normandy Atas atau Haute-Normandie), Félicette, seekor kucing betina berbulu hitam dan putih dijumpai di jalanan Paris, dihantar ke angkasa.[2] Véronique datang dari Aggregate (rocket family) Perang Dunia II Jerman (A8) dan juga membawa kepada pelancar satelit Diamant Perancis.

Veronique AGI dibina untuk Tahun Geofizik Antarabangsa (Année géophysique internationale) pada tahun 1957 untuk penyelidikan biologi. Tujuh daripada lima belas telah dibuat, akan membawa haiwan hidup.

Ia merupakan penerbangan bukan orbit dan bertahan selama lima belas minit, mencapai ketinggian 156 kilometer. Kucing ini dibawa keluar dengan selamat setelah kapsulnya digugurkan dengan payung terjun ke Bumi.

Roket ujian Perancis sama dengan yang telah bawa Félicette

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chatte Félicette" [Félicette (Kucing Betina)]. CNES (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 15 Julai 2015.
  2. ^ Gray, Tara (2 Ogos 2004). "A Brief History of Animals in Space" [Sejarah Ringkas Haiwan di Angkasa] (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 6 Mei 2017.
  • Animals in Space: From Research Rockets to the Space Shuttle [Haiwan di Angkasa: Dari Roket Penyelidikan ke Pesawat Ulang-alik] (dalam bahasa Inggeris), halaman 220

Pautan luar[sunting | sunting sumber]