Roket ujian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Roket Black Brant XII sedang dilancarkan dari Kemudahan Penerbangan Wallops.

Roket ujian, kadang kala dipanggil roket penyelidikan, merupakan roket pembawa peralatan yang direka bagi mengambil ukuran dan melakukan ujian saintifik semasa penerbangan angkasalepas sub-orbital. Roket ini digunakan bagi membawa peralatan dari 50 hingga 1,500 kilometer (31 hingga 930 bt)[1] keatas dari permukaan Bumi, ketinggian umumnya antara belon cuaca dan satelit (ketinggian maxima bagi belon adalah sekitar 40 kilometer (25 bt) dan minima bagi satelit adalah sekitar 120 kilometer (75 bt)).[2] Sesetengah roket ujian, seperti roket Black Brant X dan XII, memiliki puncak antara 1,000 and 1,500 kilometer (620 dan 930 bt); puncak maksima bagi kelas mereka. Roket ujian sering kali menggunakan motor roket lebihan tentera.[3] NASA biasa melancarkan Terrier Mk 70 penguat Improved Orion menggangkat muatan 270–450 kilogram (600–990 lb) ke dalam wilayah exoatmospherik antara 100 and 200 kilometer (62 dan 120 bt).[4]

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Contoh muatan bagi roket ujian.

Roket ujian biasa terdiri dari motor roket bahan api pepejal dan muatan sains.[3] Bahagian jatuhan bebas penerbangan merupakan trajektori eliptik dengan paksi utama menegak membenarkan muatan bagi terapung berhampiran dengan kemuncak penerbangannya.[2] Tempoh penerbangan adalah kurang dari 30 minit, biasanya antara lima dan 20 minit.[2] Roket ini menghabiskan bahan api nya pada tahap pertama pada bahagian penerbangan menaik, kemudian berpisah, meninggalkan muatannya bagi menghabiskan lekongan dan kembali ke bumi menggunakan payung terjun.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. nasa.gov NASA Sounding Rocket Program Handbook, June 2005, p. 1
  2. 2.0 2.1 2.2 "NASA Sounding Rocket Program Overview". NASA Sounding Rocket Program. NASA. 24 July 2006. Diperoleh pada 10 October 2006. 
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan what tidak disediakan
  4. NASA Sounding Rocket Handbook

Pautan luar[sunting | sunting sumber]