FN SCAR

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Templat:Cleanup-link rot

FN SCAR (Mk 16/17 Mod 0)
FN SCAR rifle.jpg
Panjang laras standard generasi ke-3 SCAR-L (atas) dan SCAR-H (bawah).
Jenis Assault rifle (SCAR-L)
Battle rifle (SCAR-H)
Asal  Belgium
 United States
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 2009-present
Digunakan oleh See Users
Perang Afghanistan War [1]
Sejarah pengeluaran
Pengeluar FNH USA
Variasi
  • SCAR-L (Mk 16 Mod 0)
  • SCAR-H (Mk 17 Mod 0)
Spesifikasi
Berat 3.04 kg (6.7 lb) (SCAR-L Short)

3.29 kg (7.3 lb) (SCAR-L Standard)

3.49 kg (7.7 lb) (SCAR-L Long)

3.58 kg (7.9 lb) (SCAR-H Short & Standard)

3.72 kg (8.2 lb) (SCAR-H Long)

Panjang laras 254 mm (10.0 in) (SCAR-L Short)

368 mm (14.5 in) (SCAR-L Standard)

457 mm (18.0 in) (SCAR-L Long)

330 mm (13 in) (SCAR-H Short)

400 mm (16 in) (SCAR-H Standard)

500 mm (20 in) (SCAR-H Long)


Jenis peluru
Tindakan Gas-operated (short-stroke gas piston), rotating bolt
Kadar tembakan 625 rounds/min [3]
Kederasan peluru
  • SCAR-L: 2,870 kaki/s (870 m/s) (M855)
  • SCAR-L: 2,630 kaki/s (800 m/s) (Mk 262)
  • SCAR-H: 2,342 kaki/s (714 m/s) (M80)
Jarak berkesan SCAR-L: 300 meter (330 yd) (Short), 500 meter (550 yd) (Standard), 600 meter (660 yd) (Long)
SCAR-H: 300 meter (330 yd) (Short), 600 meter (660 yd) (Standard), 800 meter (870 yd) (Long)
Sistem suapan
Pejera Iron or various optics


Special Operations Forces (SOF) Combat Assault Rifle atau FN SCAR merupakan raifal yang direka oleh Fabrique Nationale de Herstal (FNH) untuk kegunaan United States Special Operations Command (SOCOM). Variasi raifal terdiri daripada dua jenis. SCAR-L, ringan, kaliber 5.56 × 45mm NATO dan SCAR-H, berat, kaliber 7.62 × 51mm NATO.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

SCAR-L yang digunakan oleh Army Ranger

Raifal FN SCAR mula dikeluarkan pada bulan Jun 2007. Selepas beberapa penangguhan, raifal pertama mula dikeluarkan kepada unit-unit operasi pada bulan April 2009, dan digunakan oleh batalion Rejimen Renjer ke-75 Amerika Syarikat yang dikerahkan ke medan pertempuran dengan 600 laras tahun 2009. [8] Pemerintah Operasi Khas AS telah membatalkan pembelian Mk 16 SCAR-L dan merancang untuk menggantikan semua senjata tersebut dari inventori mereka menjelang 2013. Walau bagaimanapun, mereka merancang untuk membeli kit penukaran jenis mk 17 sebagai menggantikan penarikbalikan mk 16. [9] Mk 16 kini adalah salah satu senjata yang bersaing dalam persaingan karbin individu yang bertujuan untuk mencari pengganti M4. [10]

Terdapat 2 variasi raifal SCAR yang utama; Ringan (SCAR-L, Mk 16 Mod 0) dan Berat (SCAR-H, Mk 17 Mod 0). Versi L berkaliber 5,56 × 45mm NATO menggunakan kelopak STANAG (M16) sesuai untuk operasi pertempuran jarak dekat. Versi H menggunakan laras yang lebih panjang serta kaliber peluru yang lebih besar 7,62 × 51mm NATO dan menggunakan kelopak rekaan terbaru dengan 20 butir peluru sesuai untuk bidikan jarak jauh. Dalam keadaan tertentu laras SCAR-H juga boleh ditukar agar boleh menggunakan peluru kaliber 7,62 × 39mm M43 Kalashnikov dan 6,8 × 43mm Remington SPC. Mk 16 Mod 0 adalah bertujuan untuk menggantikan M4A1, Mk 18 CQBR dan Mk 12 SPR kini digunakan oleh SOCOM, sebelum SOCOM memutuskan untuk membatalkan pembelian Mk 16 Mod 0 (lihat di bawah) sementara Mk 17 Mod 0 akan menggantikan raifal sniper M14 dan Mk 11.

SCAR menggunakan satu landasan Picatinny tetap di atas badan raifal, dua di tepi pengadang tangan yang boleh ditanggalkan dan satu lagi di bawah pengadang tangan yang boleh dipasang dengan mana-mana aksesori standard MIL-STD-1913. Keseluruhan rekabentuk raifal (kecuali laras dan alat kerja)adalah diperbuat dari polimer, penggenggam tangan rekaan M16, penambahbaikan rekaan kelopak, membesarkan saiz picu pelepasan kelopak dan bolt. SCAR menggunakan sistem gas tertutup jenis 'tappet' seperti M1 Carbine manakala sistem alat kerja menyerupai Stoner 63 atau Heckler & Koch G36. SCAR dibina di FN Manufacturing LLC, Columbia, Carolina Selatan, Amerika Syarikat. Fabrique Nationale juga memperkenalkan sistem raifal modular separa automatik, 16S (Ringan) dan 17S (Berat), pada akhir tahun 2008. [12] [13] Versi tersebut direka untuk penguatkuasaan undang-undang dan pasaran komersial, dan dibuat di Herstal, Belgium dan diimport oleh FNH Amerika Syarikat, Fredricksburg, Virginia, Amerika Syarikat.

Evolusi[sunting | sunting sumber]

Prototaip awal SCAR-L.

Pada Julai 2007, Tentera Darat Amerika mengumumkan pertandingan terhad antara M4 Carbine, FN SCAR, HK416 dan HK XM8. Sepuluh laras ujian bagi setiap jenis raifal. Semasa ujian, 60000 das tembakan dari setiap raifal dalam "persekitaran berhabuk yang melampau". Tujuan ujian penembakan tersebut adalah untuk menilai keperluan masa depan, tidak untuk memilih pengganti M4. [14] Semasa ujian, SCAR menduduki tempat ke dua dengan 226 hentian berbanding pendahulu XM8 yang mengalami 127 hentian, tetapi jumlah tersebut masih sedikit kalau dibangdingkan M4 dengan 882 hentian dan HK 416 233 hentian. Ujian ini adalah berdasarkan dua sistem penilaian yang sebelumnya telah dilakukan menggunakan M4 dan M16 di Aberdeen pada 2006 dan musim panas 2007 sebelum pertandingan ketiga pada musim luruh 2007. Ujian pada 2006 memberikan tumpuan hanya pada M4 dan M16. Musim panas 2007 ujian hanya M4, dengan menambah pelinciran. Keputusan dari ujian kedua menghasilkan 307 hentian, tetapi tidak dapat dijelaskan mengapa M4 mengalami 882 hentian dengan tahap pelinciran yang sama dalam ujian ketiga. [16] [17] SCAR merupakan salah satu daripada raifal yang dipamerkan untuk Tentera AS sempena Hari Industri 13 November 2008. Matlamat Hari Industri adalah untuk mengkaji semula teknologi raifal terkini bagi memenuhi permintaan masa hadapan. [18] [19]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Mei 2010, kenyataan akhbar di laman web rasmi FNH Amerika Syarikat mengumumkan perolehan SCAR telah dimuktamadkan pada 14 April, 2010. Ini adalah perolehan bagi variasi Mk16, Mk17 dan pelancar grened bawah laras. [20] Pada akhir Oktober 2010 SOCOM meluluskan kadar pengeluaran penuh Mk 20 sniper, dan mula digunakan pada pertengahan Mei 2011. [11]

Enhanced Grenade Launching Module/FN40GL[sunting | sunting sumber]

FN40GL Mk 13 Mod 0

Diperkenalkan pada 2004 sebagai kit tambahan, pelancar grened bawah laras [21] (EGLM), ataupun sistem pelancar grened tunggal yang boleh dipasang udi yang dikenali sebagai FN40GL atau Mk 13 Mod 0, pelancar grenad 40 mm yang berasaskan 'GL1' FN2000. FN40GL boleh digunakan oleh kedua-dua versi L dan H. [22] Sistem EGLM menggunakan picu dwi tindakan dan laras yang boleh ditolak ke tepi untuk penukaran peluru 40 mm. Suatu sistem yang lebih baik berbanding M203. Terdapat dua kelebihan ELGM/FN40GL berbanding M203 iaitu pelancar tidak perlu dicekah semula jika grened tidak meletup, dan yang kedua grened yang lebih panjang boleh digunakan.

Variasi HAMR[sunting | sunting sumber]

Pada 2008, variasi SCAR Heat Adaptive Modular Rifle (HAMR) adalah salah satu daripada empat finalis untuk pertandingan Infantry Automatic Rifle (IAR). IAR adalah kelolaan USMC bagi mencari raifal yang bersesuaian. [23] Sistem SCAR kali ini adalah berbeza dari versi SCAR yang sedia ada kerana sistem alat kerja boleh ditukar sama ada menggunakan operasi bolt tertutup atau pun operasi bolt terbuka pada bila-bila masa bergantung pada keadaan suhu laras akibat jumlah das tembakan yang berlarutan. Walaupun sebelum ini terdapat raifal yang menggunakan gabungan sistem operasi bolt terbuka/tertutup, tetapi sistem operasi yang boleh bertukar secara automatik berdasarkan suhu laras adalah merupakan satu inovasi terkini. Persaingan IAR dijangka menghasilkan perolehan USMC sehingga 6500 laras dalam tempoh lima tahun, [24] tetapi akhirnya kemenangan lebih memihak kepada raifal Heckler Koch HK416, [25] kemudian diberi designasi baru sebagai M27 [26]

Perolehan[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Jun 2010 SOCOM mengumumkan bahawa ia telah membatalkan perolehan MK-16 disebabkan peruntukan yang terhad. Baki dana akan dibelanjakan bagi versi MK-17 7.62 × 51 mm dan versi sniper MK-20. FN Herstal walaupun telah menyatakan bahawa variasi 5.56mm akan disimpan oleh SOCOM, dan bahawa "pilihan di antara kaliber 5,56 dan 7,62 terpulang kepada budi bicara setiap Pemerintah Bersama USSOCOM (Contohnya,SEAL, Rangers, Army Special Forces, MARSOC, AFSOC) bergantung kepada misi khusus mereka di medan tempur hari ini. "[29] Sehingga 19 Ogos 2010 masih tiada keputusan untuk meneruskan pembelian mk-16 sebaliknya pihak SOCOM telah memutuskan untuk mendapatkan MK-17, pelancar grened 40mm MK-13 dan variasi sniper MK-20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]