Festival Lumpur Boryeong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Festival Lumpur Boryeong
GenreFestival
TarikhJulai
KekerapanTahunan
LokasiBoryeong, Chungcheongnam-do, South Korea
Koordinat36°18′14″N 126°31′01″E / 36.304°N 126.517°E / 36.304; 126.517Koordinat: 36°18′14″N 126°31′01″E / 36.304°N 126.517°E / 36.304; 126.517
Dirasmikan1998 (1998)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Festival Lumpur Boryeong ialah festival tahunan yang berlangsung pada musim panas di Boryeong, sebuah bandar sekitar 200 km di selatan Seoul, Korea Selatan. Acara festival ini pertama diadakan pada tahun 1998 dan, pada tahun 2007 yang telah menarik sehingga 2.2 juta pengunjung ke Boryeong.[1]

Lumpur digunakan utama dalam pengacaraan festival ini diambil dari kukup yang ada di Boryeong dan dibawa ke kawasan pantai Daecheon, lokasi ia digunakan sebagai pusat 'Tanah Pengalaman Lumpur'.[2] Lumpur dianggap kaya dengan mineral dan digunakan untuk pembuatan kosmetik. Festival ini pada mulanya disusun sebagai wahana pemasaran kosmetik lumpur Boryeong.[3]

Walaupun festival ini berlangsung dalam jangka masa sekitar dua minggu, festival ini paling terkenal dengan hujung minggu terakhirnya, yang popular di kalangan penduduk barat Korea. Hujung minggu terakhir festival ini biasanya pada hujung minggu kedua pada bulan Julai.

Lumpur mempunyai pelbagai manfaat dalam kesihatan[4] terutama lumpur dalam pek. Hal ini kerana pek lumpur mempunyai campuran kandungan mineral-mineral semula jadi.[5]

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Festival ini menyajikan pelbagai aktiviti menggunakan lumpur seperti luncuran lumpur, mandi lumpur, bola sepak lumpur, gusti lumpur dan pertarungan lumpur. Walaupun ia adalah musim panas di Korea Selatan, sukarelawan akan menyemburkan air sejuk kepada orang ramai bagi mengurangkan haba dan juga bagi mencairkan lumpur yang kering oleh panas matahari.[6]

Impak COVID-19[sunting | sunting sumber]

Pada 2020, Festival Lumpur Boryeong telah dihentikan berikutan kes COVID-19 di serata dunia. Walau bagaimanapun, festival ini masih disambut oleh masyarakat di serata tempat di kediaman masing-masing secara dalam talian dengan memuat naik hasil mandian lumpur.[7]

Bandar ini turut memasang sebuah layar besar yang menayangkan gambar beratus-ratus orang, beberapa dengan peralatan mandi lumpur terdiri daripada kolam mini, bungkusan lumpur, sabun lumpur dan serbuk lumpur berwarna-warni.[8]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jiwatram, Jaya (2006-06-19). "Good Clean Fun". Time magazine.
  2. ^ Card, James (2004-07-23). "Down and dirty at Boryeong Mud Festival". Korea Herald.
  3. ^ Kumar, Meenakshi (2007-04-28). "Now, get a feel of space in Malaysia". Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-24. Dicapai pada 2020-11-13.
  4. ^ KNN (2019-08-09). "Surprising health benefits of mud therapy". Times of India.
  5. ^ Espejo-Antúnez, Luis; Cardero-Durán, María A.; Garrido-Ardila, Elisa M.; Torres-Piles, Silvia; Caro-Puértolas, Berta (4 April 2013). "Clinical effectiveness of mud pack therapy in knee osteoarthritis". Rheumatology. 52 (4): 659–668. Dicapai pada 13 November 2020.
  6. ^ Hakyung Kate Lee (2018-07-16). "Muddy waters: South Korea hold world's largest mud festival of its kind". ABC News.
  7. ^ "Boryeong Mud Festival goes online". The Jakarta Post. 2018-07-18.
  8. ^ "Get dirty at home: COVID-19 moves South Korea's mud festival online". Channel News Asia. 2018-07-18.