Filem 35 mm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bingkai filem 35 mm. Di paling kanan dan kiri, di luar tebukan saiz-KS, ialah jalur bunyi SDDS sebagai imej isyarat digital. Di antara tebukan ialah jalur bunyi Dolby Digital (perhatikan logo "D berganda" Dolby kecil di tengah setiap kawasan). Di kanannya ialah jalur bunyi analog stereofonik, direkod secara optik sebagai bentuk gelombang yang mengandungi isyarat audio bagi saluran audio kiri dan kanan. Di tengah ialah gambar anamorfik.
Filem 35 mm jenama Kodachrome II dipasarkan bagi fotografi pegun dalam kaset filem 135

Filem 35 mm ialah tolok filem yang paling biasa digunakan bagi fotografi pegun kimia (lihat filem 135) dan wayang. Nama tolok ini merujuk kepada lebar filem foto, yang terdiri daripada jalur selebar 34.98 ±0.03 mm (1.377 ±0.001 inci).[1][2][3][4][5][6] Tarik turun negatif piawai bagi wayang (format "bingkai-tunggal") ialah empat tebukan tiap bingkai di kedua-dua pinggir, yang menghasilkan 16 bingkai tiap kaki filem.[7] Bagi fotografi pegun, bingkai piawai memiliki lapan tebukan di setiap tepi.

Pelbagai jenis tolok, kebanyakannya proprietari, direka bagi berbagai-bagai jenis kamera dan sistem penayangan yang dibangunkan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, daripada 13 mm hinggalah 75 mm (0.51–2.95 in),[8] selain daripada pelbagai jenis sistem penyuapan filem. Ini menyebabkan kamera, projektor dan peralatan lain perlu ditentukur kepada setiap tolok. Lebar 35 mm, asalnya ditentukan sebagai 1.375 inci, diperkenalkan pada 1892 oleh William Dickson dan Thomas Edison, mengunakan stok filem yang disediakan George Eastman.[5] Lebar 35 mm dengan empat tebukan per bingkai diterima sebagai tolok piawai antarabangsa pada 1909,[9] dan kekal sebagai tolok filem paling dominan bagi pengasalan dan penayangan imej walaupun dicabar tolok yang lebih kecil atau besar, dan daripada format baharu, kerana saiznya membenarkan keseimbangan yang agak baik antara kos stok filem dan kualiti imej yang ditangkap.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "PH22.36-1954, American Standard, Dimensions for 35 mm Motion-Picture Positive Raw Stock". Journal of the SMPTE 62: 395. Mei 1954. OCLC 5929156. http://www.archive.org/stream/journalofsociety62socirich#page/395/mode/1up. 
  2. Society of Motion Picture Engineers (Mei 1930). "Standards Adopted by the Society of Motion Picture Engineers". Journal of the Society of Motion Picture Engineers XIV (5): 545–566. http://www.archive.org/stream/journalofsociety14socirich#page/552/mode/2up. 
  3. Jones, Loyd A. (Oktober 1933). "A Historical Summary of Standardization in the Society of Motion Picture Engineers". Journal of the Society of Motion Picture Engineers XXI (4): 280–293. http://www.archive.org/stream/journalofsociety21socirich#page/290/mode/2up. 
  4. Dickson, W. K. L. (Disember 1933). "A Brief History of the Kinetograph, The Kinetoscope and The Kineto-Phonograph". Journal of the Society of Motion Picture Engineers (Society of Motion Picture Engineers) XXI (6): 435–455. http://www.archive.org/stream/journalofsociety21socirich#page/434/mode/2up. Capaian 13 Mac 2012. 
  5. 5.0 5.1 1.377 ±0.001 inches (34.98 ±0.03 mm) is the actual dimension specified by SMPTE. Initially, the size was created by Dickson as 1-⅜" in collaboration with Eastman, and was in standard, not metric, units. An account of this is given in an article by Dickson in the December, 1933 SMPTE Journal cited above. This size was also exactly half the width of the 2-¾ inch-wide (69.85 mm) "A-type" rollfilm which was the standard Eastman size at the time. The standard size was increased at the May 1929 meeting of the SMPE and published in 1930. "Half Frame Cameras". Dicapai 12 Ogos 2006. "Enhancing the Illusion: The Process and Origins of Photography", George Eastman House.[pautan putus]
  6. ANSI/SMPTE 139–1996. SMPTE STANDARD for Motion-Picture Film (35 mm) - Perforated KS. Society of Motion Picture and Television Engineers. White Plains, NY.
  7. Hummel, Rob (ed). American Cinematographer Manual, edisi ke-8. ASC Press: Hollywood, 2001.
  8. Horak, Jan-Christopher. UCLA Film and Television Archive, "Introduction to Film Gauges". Dicapai 18 Mei 2012.
  9. Alsobrook, Russ T. International Cinematographers Guild, took_machines1.htm "Machines That Made the Movies, Part 1". Dicapai 11 Ogos 2006.