Filem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wayang)
Lompat ke: pandu arah, cari
Antara wayang awal menunjukkan kuda berlari.

Filem atau wayang gambar boleh merujuk kepada wayang tersebut ataupun industri perfileman secara umum. Perkatan 'filem' datangnya dari filem fotografi yang merupakan perantara utama wayang tersebut dicetak, dipanggil pita filem.

Filem Melayu[sunting | sunting sumber]

Filem Melayu bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40-an. Sekitar 50-an - 60-an Jalan Ampas di Singapura dan Jalan Ampang di Malaysia, menjadi terkenal sebagai pengeluar filem-filem Melayu. Ramai pelakon yang berbakat mempunyai teknik lakonan yang baik dan menonjol pada masa itu seperti P. Ramlee, S Kadarisman, Nordin Ahmad dan Neng Yatimah.

Pada hari ini, cerita drama televisyen dan video telah menjadi semakin popular dan semakin banyak ditayangkan. Filem yang dirakam dengan menggunakan pita filem boleh dipancarkan ke layar tanpa kehilangan mutu gambar. Filem video untuk drama televisyen tidak sesuai untuk ditayangkan disebabkan mutu gambar menjadi kurang baik apabila diperbesarkan.

Pengenalan kamera digital pula membolehkan teknik-teknik khas digunakan untuk sesuatu filem, tetapi kos pelaburan permulaan yang amat mahal menyebabkan halangan kepada pengunaan teknik digital di kalangan pengarah Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: