Forum Perdana Ehwal Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Forum Perdana Ehwal Islam ( FPEI ) dahulunya dikenali dengan Sinar Islam merupakan satu satunya program bual bicara agama yang paling lama bertahan di bawah Radio Televisyen Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia . Ia telah mula disiarkan sejak tahun 80-an lagi. Pada tahun 90-an , Sinar Islam telah bertukar nama kepada Forum Perdana Ehwal Islam.

Sejarah dan Inovasi Forum Perdana Ehwal Islam[sunting | sunting sumber]

Dahulu , wakru siarannya sering berubah dek penstruksturan semula berulang kali oleh Radio Televisyen Malaysia yang mana ketika itu sedang berlaku era pendigitalan iaitu perubahan sistem analog kepada sistem digital. Hal ini bertambah buruk ekoran penambahan saluran radio RTM yang mendadak ketika itu. Mulai tahun 2003 , forum ini telah ditetapkan jadual siarannya kepada hari Khamis , jam 2100 dan mana mana siaran langsung yang perlu dilaksanakan pada waktu itu , perlu ditangguh sejam kemudian atau sehari kemudian. Tempoh tayangan juga seringkali berubah , kerana sesetengah episod membawakan tajuk yang berbeza , kebiasaannya ditayangkan selama 1 jam ( bagi tajuk biasa ) dan 1 jam 30 minit ( bagi tajuk semasa / berat ) . Walaubagaimanapun , pada 1 April 2021 , sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia yang ke - 75 , tayangan Forum Perdana Ehwal Islam berubah kepada 75 minit ( 1 jam 15 minit ). Pada tarikh yang lain pula , siaran Forum Perdana Ehwal Islam ini ditunda sejam , dari jam 2100 kepada jam 2200 . Bermula , tayangan Forum Perdana Ehwal Islam dipanjangkan kepada 1 jam 30 minit . Ini selepas alunan bacaan Surah Yaasin atau zikir munajat bersama barisan tetamu jemputan sama ada melalui panggilan video atau secara bersemuka. Bilangan ahli panel jemputan juga selalu berubah. Sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21 , seramai 2 orang ahli panel dijemput dan seorang moderator akan mengendalikan forum. Ketika sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21 pula , kerusi ahli panel dijarakkan 1 meter dan hanya 2 orang ahli panel dijemput serta seorang moderator akan mengendalikan forum. Mulai April 2021 , seramai 3 orang ahli panel dan 1 / 2 orang moderator akan mengendalikan forum.

Forum Perdana Ehwal Islam (Edisi Khas)[sunting | sunting sumber]

Forum Perdana Ehwal Islam Khas Vaksin Covid-19

Sebuah episod khas mengenai vaksin Covid-19 telah ditayangkan secara langsung dari Masjid Putra , Putrajaya . Seramai 9 orang ahli panel ( kesemuanya secara bersemuka ) telah berentap di dalam satu pentas. Tajuk yang dibawa adalah : Vaksin : Cegah Sebelum Kalah . Episod kali ini mencipta sejarah tersendiri apabila membawakan 9 orang ahli panel , tidak termasuk 2 orang moderator , seorang akan membawakan soalan-soalan daripada catatan yang diberikan sebelum siaran langsung juga daripada rakaman video soalan dari peminat setia forum perdana , manakala seorang lagi moderator akan membawakan soalan-soalan yang datang daripada media sosial rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia .

Forum Perdana Ehwal Islam Khas Sempena Ulangtahun Radio Televisyen Malaysia ke-75

Pada 1 April 2021 , bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Radio Televisyen Malaysia yang ke-75 , pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah bekerjasama dengan stesen-stesen RTM di seluruh negara supaya diadakan Forum Perdana Ehwal Islam besar-besaran yang melibatkan segenap kawasan negeri masing-masing di radio dan platform Facebook Radio RTM Negeri masing-masing. Tempoh diberikan adalah sebanyak 75 minit.

Siaran Langsung Forum Perdana Ehwal Islam ditangguhkan

Pada 16 September 2021 , Hari Malaysia , ketika itu jatuh pada hari Khamis malam Jumaat , pihak RTM memutuskan supaya siaran langsung forum yang sepatutnya bersiaran secara langsung , ditangguhkan dan digantikan dengan siaran langsung Hari Malaysia ke- 58 yang bersiaran langsung dari Sabah International Convention Center ( SICC ) , Kota Kinabalu , Sabah .

Pengacara[sunting | sunting sumber]

Ustaz Rizal Ramli

Ustaz Hariri Daud

Ustaz Zakaria Othman

Ustaz Nabil Ahmad ( Far East )