Forum Wacana 153

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Forum Wacana 153 anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah diadakan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam pada Mac 2010.

Rumusan wacana dilakukan oleh Ketua Satu Gapena, Prof Emeritus Tan Sri Dr Ismail Hussein.Rakyat Malaysia hendaklah mematuhi Perlembagaan Persekutuan, terutama melibatkan Hak-hak istimewa orang Melayu, Raja Berperlembagaan, agama Islam dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini. Jika masih mempertikaikannya, tidak layak menggelarkan diri sebagai warganegara.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar menekankan keperluan 140,000 mahasiswa UiTM memahami hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Presiden GPMS, Jais Abdul Karim menyatakan bantahan terhadap Perkara 153 tidak seharusnya berlaku.

Ketua Dua Gapena, Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar menyampaikan kertas kerja bertajuk “153 Dari Perspektif Sejarah dan Perlembagaan”. Segelintir Melayu yang menentang Perkara 153 merupakan golongan yang lupa daratan, terpengaruh dengan idealisme Barat yang tidak realistik dan mempunyai kepentingan politik sempit. Maksud tersurat dan tersirat Perlembagaan Persekutuan hendaklah dijelaskan kepada orang ramai, penuntut institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah di seluruh negara.

Prof Datuk Dr Ramlah Adam membincangkan tajuk “Jurang Pembangunan Dan Kewajipan Melaksanakan 153” . Semua perkara di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah berasaskan sejarah dan fakta pembentukan Malaysia sebagai penduduk asal negara ini, selain wujud keharmonian dengan kaum-kaum lain.

Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menekankan mereka yang mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan hendaklah didakwa menghasut.

Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar menyeru rakyat Malaysia kembali kepada sejarah dan memahami Perlembagaan untuk mengu-kuhkan nilai-nilai kehidupan. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]