Fosforus-32

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fosforus-32
General
Nama, simbol Fosforus-32,32P
Neutron 17
Proton 15
Data nuklid
Kelimpahan semula jadi Surih
Separuh hayat 14.268 hari
Hasil pereputan 32S
Jisim isotop 31.973907274 u
Tenaga lebihan 24305 keV
Mod pereputan Tenaga pereputan
Pereputan beta 1.709 MeV

Fosforus-32 (32P) ialah sejenis radioisotop fosforus. Nukleus fosforus-32 memiliki 15 proton dan 17 neutron, satu neutron melebihi isotop fosforus lazim, phosphorus-31. Fosforus-32 hanya wujud dalam kuantiti kecil di Bumi oleh kerana separuh hayatnya yang singkat (14 hari). Fosforus memiliki pelbagai kegunaan dalam bidang perubatan, biokimia dan biologi molekul untuk menunjukkan kehadiran molekul berfosforus seperti menunjukkan laluan metabolisme dan melabel DNA; fosforus-32 dalam kegunaan harian dihasilkan secara buatan melalui penyinaran satu neutron berkelajuan sederhana ke atom sulfur-32.

Dalam perubatan, fosforus-32 digunakan untuk mengesan tumor-tumor malignan (kumpulan sel kanser) berdasarkan sifatnya memiliki lebih banyak kandungan fosforus berbanding sel normal, dan boleh dikesan dari luar badan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "radioactivity". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2016-02-13.