Franken

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jata Franken.

Istilah Franken (Bahasa Jerman: Franken; Latin: Franconia) kini biasanya digunakan untuk merujuk bahagian timur Duchy Franken bersejarah di Jerman, terutamanya diwakili oleh daerah pentadbiran Hilir Franken di Bayern (Unterfranken, ibu kota Würzburg), Franken Tengah (Mittelfranken, ibu kota Ansbach), dan Hulu Franken (Oberfranken, ibu kota Bayreuth). Oleh sebab dialek-dialek Jerman Franken Timur tempatan masing-masing, bahagian timur laut bersebelahan rantau Heilbronn-Franken di Baden-Württemberg, bahagian-bahagian Thüringen di selatan permatang Rennsteig, dan sebahagian kecil Hessen (Gersfeld) juga dianggap sebagai rantau-rantau Franken.

Dua buah bandar raya terbesar ialah Nuremberg dan Würzburg. Sungguhpun terletak di periferi tenggara, kawasan metropolitan Nuremberg kerap dikenal pasti sebagai pusat ekonomi dan budaya Franken.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:AmCyc Poster

Koordinat: 49°48′58″U 10°51′54″T / 49.816°U 10.865°T / 49.816; 10.865