Frigat Kelas La Fayette

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stealth frigate Surcouf
Sebuah frigat dari kelas La Fayette, Surcouf
Gambaran keseluruhan kelas
Nama: La Fayette
Pengguna: Bendera tentera laut Perancis Tentera Laut Perancis
Bendera tentera laut Arab Saudi Tentera Laut Diraja Arab Saudi
Bendera tentera laut Republik China Tentera Laut Republik China
Bendera tentera laut Singapura Angkatan Laut Republik Singapura
Sebelumnya: Kelas Floréal
Sub kelas: Kelas Al Riyadh (Arab Saudi)

Kelas Formidable (Singapura)

Kelas Kang Ding (Republik China)
Ditauliah pada: 22 Mac, 1996
Jumlah disiapkan: 20
Jumlah aktif: Perancis: La Fayette (F710), Surcouf (F711), Courbet (F712), Aconit (F713), Guépratte (F714)

Arab Saudi Al Riyadh, Makkah, Al Damman.
Republik China: Kang Ding (FFG-1202), Si Ning (FFG-1203), Wu Chang (FFG-1205), Di Hua (FFG-1206), Kun Ming (FFG-1207), Chen De (FFG-1208)

Singapura: Formidable (68), Intrepid (69), Steadfast (70), Tenacious (71), Stalwart (72), Supreme (73)
Ciri-ciri
Sesaran: 3,200 tan, 3,600 tan (dengan muatan penuh)
Panjang: 125 m (410.1 kaki)
Lebar: 15.4 m
Drauf: 4.1 m (13.45 kaki)
Pendorongan: 4x enjin diesel SEMT Pielstick 12PA6V280 STC2, 21000 hp (15 400 kW)
Kelajuan: 25 knot (46 km/j)
Jarak: 4,000 batu nautika (7,000 km) pada 15 knot (28 km/j), 9000 pada 12 knot (22 km/j)
Ketahanan: 50 hari dengan makanan
Bot dan lancang
pendaratan dibawa:
2× ETN bot
Muatan: 350 tan bahan api, 80 m³ kerosin, 60 tan air minum
Kelengkapan: 12 pegawai

68 bintara muda

61 anak kapal
Sistem penderia
dan pemprosesan:
1× radar sentri udara/permukaan DRBV 15C

1× radar kawalan tembakan untuk meriam 100 mm
1× radar navigasi DRBN34
1× radar mendarat DRBN34
1× pemintas radio Saïgon ARBG 1
1× pemintas radar ARBR 21
2× pelancar pengusik Dagaie Mk2
1× penanda bising sentapan AN/SLQ-25 Nixie
1× sistem pengurangan bunyi Prairie-Masker
1× Syracuse II

1× Inmarsat
Persenjataan: meriam automatik 100 mm TR

meriam 20 mm modèle F2
1× pelancar Crotale CN2 (8 peluru berpandu pada pelancar dengan 16 kali isian semula)
Peruntukan untuk 16× peluru berpandu Aster 15 dalam pelancaran menegak

8× peluru berpandu Exocet MM40 Blok II
Perisai: Pada kawasan sensitif (kelopak peluru dan pusat kawalan)
Pesawat dibawa: 1× helikopter 10 tan (Panther atau NH90)

Frigat Kelas La Fayette adalah satu kelas frigat ringan pelbagai misi yang dibina oleh DCN. Frigat-frigat ini dirujuk sebagai frigat "halimunan". Pengurangan keratan rentas radar dicapai dengan struktur super yang licin dibandingkan dengan rekabentuk konvensional, sisi-sisi bercerun dan bahan menyerap radar, satu bahan komposit daripada kayu dan fiber kaca sekuat keluli, ringan dan tahan terhadap api. Kebanyakan kapal-kapal tempur moden yang dibina selepas pengenalan La Fayette mengikut prinsip halimunan yang sama.

Frigat Kelas La Fayette kini digunakan oleh Tentera Laut Perancis. Versi terbitan kelas ini juga kini digunakan di dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Diraja Arab Saudi, Angkatan Laut Republik Singapura dan Tentera Laut Republik China. Perancis telah memesan sebanyak lima buah frigat kelas La Fayette pada tahun 1988, frigat terakhir memasuki perkhidmatan pada tahun 2002.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]