Gangkhar Puensum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gangkhar Puensum
Puncak Gangkar Puensum
Titik tertinggi
Ketinggian7,570 m (24,840 ka) [1]
Kedudukan ke-40
Tonjolan2,995 m (9,826 ka) [1]
Kedudukan ke-92
Pengasingan228 kilometer (142 bt)
SenaraiTitik tertinggi negara
Ultra
Koordinat28°02′54″N 90°27′15″E / 28.04833°N 90.45417°E / 28.04833; 90.45417Koordinat: 28°02′54″N 90°27′15″E / 28.04833°N 90.45417°E / 28.04833; 90.45417[1]
Geografi
Gangkhar Puensum is located in Bumi
Gangkhar Puensum
Gangkhar Puensum (Bumi)
LokasiSempadan BhutanChina
Induk banjaranHimalaya
Pendakian
Pendakian pertamaBelum ditawan

Gangkar Puensum (Dzongkha: གངས་དཀར་སྤུན་གསུམ་ Kangkar Punsum) merupakan sebuah gunung dengan ketinggian 7,570 meter serta tonjolan setinggi 2,995 meter dan merupakan gunung tertinggi di Bhutan serta gunung tertinggi yang masih belum ditawan di dunia.[1]

Gunung ini terletak di sempadan Tibet, meskipun terdapat perdebatan tentang kedudukan sebenar gunung ini.[2] Selepas Bhutan membenarkan aktiviti pendakian pada 1983, terdapat empat ekspedisi yang berakhir dengan kegagalan mencapai puncak pada 1985 dan 1986.[3] Pada 1998, sebuah ekspedisi dari Tibet berjaya menawan puncak sampingan Gangkar Puensum.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Makna nama gunung ini ialah "Puncak Putih Tiga Beradik Suci".[3]

Pengukuran ketinggian Gangkar Puensum pertama kali dijalankan pada 1922. Namun, sehingga kebelakangan ini, peta-peta kawasan ini tidak begitu tepat dengan kedudukan gunung tersebut dipetakan pada pelbagai tempat dengan anggapan ketinggian yang pelbagai. Oleh itu, kumpulan pertama yang mencuba ke puncak tidak dapat menemui gunung itu langsung.[4]

Sebuah buku ekspedisi British pada 1984 menetapkan ketinggian Gangkar Puensum pada 7,550 meter serta menyatakan bahawa gunung tersebut terletak sepenuhnya di Bhutan, di mana puncak berdekatan, Kula Kangri yang terletak 30 km di timur laut Gangkar Puensum terletak sepenuhnya di Tibet.[4] Sehingga kini, kedudukan Gangkar Puensum masih dipetakan di Bhutan ataupun Tibet.

Sejak 1994, pendakian di gunung-gunung berketinggian 6,000 meter dan lebih di Bhutan diharamkan sebagai menghormati kepercayaan penduduk tempatan, dan pada 2003, pendakian gunung telah diharamkan sepenuhnya. Dengan itu, Gangkar Puensum boleh mempertahankan gelarannya sebagai gunung tertinggi di dunia yang belum didaki buat seketika.

Pada 1998, sebuah ekspedisi Jepun mendapat kelulusan daripada Persatuan Pendakian China, tetapi ditarik balik akibat masalah politik dengan Bhutan. Maka, kumpulan tersebut melakukan pendakian dari Tibet pada 1999 dan berjaya menawan puncak sampingan, Liankang Kangri dengan ketinggian 7,535 meter. Namun, laporan kumpulan tersebut memetakan puncak tersebut di Tibet dengan Gangkhar Puensum dipetakan atas garis sempadan Bhutan-Tibet, dan dihuraikan sebagai "puncak tertinggi Bhutan" dengan 7,570 meter. Catatan tersebut disokong melalui rujukan-rujukan Jepun dan China, tetapi masih belum disahkan pihak Bhutan.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "High Asia II: Himalaya of Nepal, Bhutan, Sikkim and adjoining region of Tibet". Peaklist.org. Dicapai pada 1 Jun 2014.
  2. ^ Penghuraian terperinci berkenaan kedudukan dan ketinggian Gangkar Puensum dan Kula Kangri
  3. ^ a b Berry, S.K. (1988). "Kingdom Of The Thunder Dragon". Himalayan Journal. 44. Dicapai pada 18 September 2014.
  4. ^ a b Berry, Steven K. (1988). The Thunder Dragon Kingdom : A Mountaineering Expedition To Bhutan. Wiltshire: Crowood Press. ISBN 0-938567-07-1.
  5. ^ Itami, Tsuguyasu (Oktober 2001). "Gankarpunzum & First Ascent Of Liankang Kangri Mountain In Dispute On China-Bhutan Border" (PDF). Japanese Alpine News. 1. Dicapai pada 18 September 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]