Tibet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rantau Tibet kebudayaan/bersejarah (diwarnai) yang digambarkan dengan pelbagai tuntutan wilayah yang bersaing sesama sendiri.
            Tibet bersejarah seperti yang dituntut golongan buangan Tibet
Kawasan-kawasan di Tibet yang ditetapkan PRC
Kawasan Autonomi Tibet (penguasaan sebenar)
Dituntut oleh India sebagai sebahagian Aksai Chin
Dituntut oleh PRC sebagai sebahagian Kawasan Autonomi Tibet
Kawasan-kawasan lain dalam lingkungan kebudayaan Tibet menurut sejarah

Tibet ialah sebuah kawasan penara di Asia Tengah dan petempatan asli bagi orang Tibet. Dengan ketinggian purata sebanyak 4,900 meter (16,000 kaki), Tibet merupakan rantau yang tertinggi di Bumi dan sering bergelar "Bumbung Dunia."

Kini, Tibet dikuasai Republik Rakyat China (PRC) (dan sebahagian kecilnya, bergantung kepada definasi, juga dikuasai India). Sebagai sebuah mandat eksklusif, Tibet juga secara rasminya dituntut Republik China (Taiwan). Dalam perdebatan kedaulatan Tibet, kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Tibet Dalam Buangan tidak bersepakat mengenai bila Tibet menjadi sebahagian China, dan sama ada penggabungannya dengan China ini sah mengikut undang-undang antarabangsa.

Raja Songtsän Gampo menyatukan berbilang bahagian di rantau ini pada abad ke-7. Sejak awal 1600-an, Dalai Lama yang sering dikenali sebagai pemimpin kerohanian rantau ini[1], dipercayai merupakan kedatangan Avalokiteśvara ("Chenrezig" [spyan ras gzigs] dalam bahasa Tibet), iaitu bodhisattva belas kasihan.

Sejak abad ke-17 hingga tahun 1959, Dalai Lama dan pemangku-pemangku mereka merupakan kuasa politik utama yang menguasai hal keagamaan dan pentadbiran[1] Tibet dari pusat kerajaan tradisinya Lhasa, yang dianggap sebagai bandaraya paling suci di Tibet.[perlu rujukan]

Definasi-definasi Tibet[sunting | sunting sumber]

bendera Tibet yang digunakan secara bersela-sela dari tahun 1912 hingga 1950. Versi ini diperkenaalkan oleh Dalai Lama ke-13 pada tahun 1912. bendera ini diharamkan di Republik Rakyat China.

Apabila Kerajaan Tibet dalam Buangan dan komuniti pelarian Tibet di rantauan menyebut Tibet, maksud mereka ialah kawasan-kawasan yang terdiri daripada wilayah-wilayah tradisi Amdo, Kham, dan Ü-Tsang, tetapi tidak termasuk Sikkim, Bhutan, dan Ladakh yang turut membentuk sebahagian lingkungan kebudayaan Tibet.[perlu rujukan]

Apabila Republik Rakyat China (PRC) menyentuh Tibet, maksudnya ialah Kawasan Autonomi Tibet (TAR): sebuah entiti peringkat wilayah yang, menurut tuntutan wilayah PRC, termasuk Arunachal Pradesh (iaitu sebuah negeri India yang dipertikaikan oleh China). TAR meliputi bekas kawasan kekuasaan Dalai Lama yang terdiri daripada Ü-Tsang dan Kham barat, sementara Amdo dan Kham timur adalah sebahagian Qinghai, Gansu, Yunnan, dan Sichuan.

Perbezaan definasi ini merupakan punca pertikaian yang utama. Penaburan Amdo dan Kham timur ke dalam wilayah-wilayah di sekeliling dimulakan oleh Maharaja Yongzheng ketika abad ke-18 dan sejak itu sentiasa dipertahan oleh kerajaan China berturut-turut. Orang Tibet dalam buangan pula melihat pertahanan penyusunan ini sejak abad ke-18 sebagai sebahagian dasar pecah dan perintah.[perlu rujukan]

Nama[sunting | sunting sumber]

Dalam Bahasa Tibet[sunting | sunting sumber]

Orang Tibet memanggil tanah air mereka Bod (བོད་), disebut [pʰøʔ] dalam dialek Lhasa. Nama ini pertama kali diakui dalam geografi Ptolemy sebagai βαται (batai) (Beckwith, C. U. of Indiana Diss. 1977). Orang Tibet memandang Tibet sebagai "tanahair" (fatherland, skrip Tibet: ཕ་ཡུལ་Wylie: pha-yul), manakala "ibu pertiwi" (motherland, skrip Tibet: མ་ཡུལ་Wylie: ma-yul) ialah satu neologisme yang diperkenalkan pada 1960-an yang bermaksud China.[perlu rujukan]

Dalam Bahasa Cina[sunting | sunting sumber]

Penara Tibet

Nama bahasa Cina moden bagi Tibet, 西藏 (Xīzàng), ialah transliterasi fonetik yang berasal daripada rantau bernama Tsang (Ü-Tsang barat). Penggunaan nama ini bermula sewaktu Dinasti Qing China, kira-kira pada tahun 1700. Nama Xīzàng boleh dipecahkan kepada “xī” 西 (“barat”), dan “zàng” (“Kitab agama Buddha” atau “simpanan”). Istilah bahasa Cina bagi Tibet sebelum 1700-an ialah 吐蕃, disebut Tǔbō di tanah besar China dan Tǔfān di Taiwan[2], sebutan bahasa Cina Pertengahannya yang dibina semula ialah /t'obwǝn/, yang berasal daripada perkataan bahasa Turki untuk “kemuncak” yang juga asal-usul nama “Tibet”.

Orang nomad penggembala yang berkhemah tepi Namtso pada tahun 2005

Kerajaan Republik Rakyat China menyamakan Tibet dengan Kawasan Autonomi Tibet (Tibet Autonomous Region, TAR). Oleh itu, nama “Xīzàng” turut disamakan dengan TAR. Agar turut menyentuh kawasan tibet bukan TAR, atau seluruh Tibet kebudayaan, istilah 藏区 Zàngqū ("kawasan etnik Tibet") digunakan. Bagaimanapun, versi bahasa Cina laman web penyokong kemerdekaan Tibet, seperti Kempen Pembebasan Tibet, Suara Tibet, dan Tibet Net menggunakan 西藏 (“Xīzàng”), bukan 藏区 ("Zàngqū"), untuk menyebut Tibet bersejarah.

Sesetengah penutur bahasa Inggeris tidak setuju bahawa “Xīzàng”, istilah bahasa Cina yang ditransliterasi ke dalam bahasa Inggeris untuk TAR, agar menjauhkan konsepnya daripada konsep Tibet bersejarah. Sebilangan penyokong kemerdekaan menduplikasi situasi ini ke dalam bahasa Cina, dan menggunakan 土番 (Tǔbō) atau 图伯特 (Túbótè), kedua-duanya transkripsi fonetik bagi perkataan "Tibet", untuk menyebut Tibet bersejarah.[perlu rujukan]

Aksara (zàng) sering digunakan dalam catatan yang menyebut mengenai Tsang seawal Dinasti Yuan, jika bukan lebih awal lagi, meskipun istilah moden "Xizang" (Tsang barat) was direka pada abad ke-18. Aksara Cina (Zàng) juga dijadikan istilah am bagi seluruh Tibet, termasuk konsep-konsep lain yang berkaitan dengan Tibet seperti bahasa Tibet ( 藏文, Zàngwén) dan kaum Tibet ( 藏族, Zàngzú).

Dalam bahasa lain[sunting | sunting sumber]

Istilah Tibet yang digunakan dalam bahasa lain seperti bahasa Melayu dan Inggeris berasal daripada perkataan bahasa Arab Tubbat.[3] yang pula dipetik melalui perkataan bahasa Farsi daripada perkataan bahasa Turkik Töbäd (kata majmuk bagi Töbän), iaitu "kemuncak".[4] Dalam bahasa Cina Pertengahan, 吐蕃 (pinyin: Tǔfān, juga disebut Tǔbō), berasal daripada perkataan bahasa Turkik yanf sama.[4] Tǔfān disebut /t'o-bwǝn/ pada zaman Pertengahan.

Bagaimanapun, asal-usul tepat bagi nama ini masih tidak jelas. Sesetengah pengkaji percaya bahawa nama ini berasal daripada nama segolongan orang yang tinggal di rantau timur laut Tibet dan maka itu dipanggil 'Tübüt'. Inilah bentuk yang disesuaikan oleh para penulis Muslim yang menulisnya sebagai Tübbett, Tibbat, dsb., sejak seawal abad ke-9, dan kemudiannya memasuki bahasa-bahasa Eropah melalui laporan catatan Eropah zaman pertengahan oleh Piano-Carpini, Rubruck, Marco Polo dan rahib Capuchin bernama Francesco della Penna.[5]

Para pengkaji Republik Rakyat China pula cenderung kepada teori bahawa "Tibet" berasal daripada Tǔfān.[3][6]


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Tibet

Geografi[sunting | sunting sumber]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

ekonomi tibet adalah pertanian dan perlancongan

Demografi[sunting | sunting sumber]

Budaya[sunting | sunting sumber]

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama Buddha Tibet[sunting | sunting sumber]

Islam[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Islam di Tibet

Di bandar-bandar Tibet, terdapat juga komuniti-komuniti kecil orang Islam yang dikenali sebagai Kachee (Kache), yang menjejaki asal-usul mereka kepada pendatang-pendatang dari tiga buah kawasan utama: Kashmir (Kachee Yul dalam bahasa Tibet kuno), Ladakh dan negara-negara puak Turki di Asia Tengah. Pengaruh Islam di Tibet juga datang dari Parsi. Selepas 1959, sekumpulan orang Islam Tibet telah mengemukan hujah untuk kewarnegaraan India berdasarkan asal-usul sejarah mereka di Kashmir dan kemudiannya kerajaan India telah mengisytiharkan semua orang Islam Tibet sebagai rakyat India pada tahun tersebut.

Terdapat juga komuniti Islam Cina yang tertubuh dengan baik (gya kachee), yang menjejaki leluhurnya kembali kepada kumpulan etnik Hui China. Dikatakan bahawa pendatang Islam dari Kashmir dan Ladakh pertama kalinya memasuki Tibet di sekitar kurun ke-12. Perkahwinan dan interaksi sosial secara perlahan-lahan membawa kepada pertambahan populasi tersebut hingga sebuah komuniti yang agak besar berkembang di sekitar Lhasa.

Biara-biara Buddha di Tibet[sunting | sunting sumber]

Kesenian Tibet[sunting | sunting sumber]

Senibina[sunting | sunting sumber]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Perayaan-perayaan[sunting | sunting sumber]

Masakan[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 The historical status of the Dalai Lamas as actual rulers is disputed. A. Tom Grunfeld's The Making of Modern Tibet, p. 12: "Given the low life expectancy in Tibet it was not uncommon for incarnations to die before, or soon after, their ascendancy to power. This resulted in long periods of rule by advisers, or, in the ease of Dalai Lama, regents. As a measure of the power that regents must have wielded it is important to note that only three of the fourteen Dalai Lamas have actually ruled Tibet. From 1751 to 1960 regents ruled for 77 percent of the time"
  2. " 现代汉语词典"," 遠東漢英大辭典", sebutannya ialah Tǔfān jika ketepatan sejarah tidak diambil kira, terjadinya perdebatan di tanah besar dan Taiwan mengenai sebutan tepatnya.
  3. 3.0 3.1 Partridge, Eric, Origins: A Short Etymological Dictionary of Modern English, New York, 1966, p. 719.
  4. 4.0 4.1 Behr, W., "Stephan V. Beyer, The Classical Tibetan Language" (ulasan buku), Oriens 34 (1994): 557–564.
  5. Stein, R. A. Tibetan Civilization (1922). Edisi bahasa Inggeris dengan semakan kecil pada tahub 1972 Stanford University Press, p. 31. ISBN 0-8047-0806-1 (cloth); ISBN 0-8047-0901-7.
  6. China Tibet Information Center "The Origin of the Name of Tibet"

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Allen, Charles (2004). Duel in the Snows: The True Story of the Younghusband Mission to Lhasa. London: John Murray, 2004. ISBN 0-7195-5427-6.
  • Bell, Charles (1924). Tibet: Past & Present. Oxford: Clarendon Press.
  • Dowman, Keith (1988). The Power-Places of Central Tibet: The Pilgrim's Guide. Routledge & Kegan Paul. London, ISBN 0-7102-1370-0. New York, ISBN 0-14-019118-6.
  • Goldstein, Melvyn C.; with the help of Gelek Rimpoche. A History of Modern Tibet, 1913-1951: The Demise of the Lamaist State. Munshiram Manoharlal Publishers (1993), ISBN 81-215-0582-8. University of California (1991), ISBN 0-520-07590-0.
  • Grunfeld, Tom (1996). The Making of Modern Tibet. ISBN 1-56324-713-5.
  • Gyatso, Palden (1997). "The Autobiography of a Tibetan Monk". Grove Press. NY, NY. ISBN 0-8021-3574-9
  • Human Rights in China: China, Minority Exclusion, Marginalization and Rising Tensions, London, Minority Rights Group International, 2007
  • McKay, Alex (1997). Tibet and the British Raj: The Frontier Cadre 1904-1947. London: Curzon. ISBN 0-7007-0627-5.
  • Norbu, Thubten Jigme; Turnbull, Colin (1968). Tibet: Its History, Religion and People. Reprint: Penguin Books (1987).
  • Pachen, Ani; Donnely, Adelaide (2000). Sorrow Mountain: The Journey of a Tibetan Warrior Nun. Kodansha America, Inc. ISBN 1-56836-294-3.
  • Parenti, Michael (2004)."Friendly Feudalism: The Tibet Myth".
  • Petech, Luciano (1997). China and Tibet in the Early XVIIIth Century: History of the Establishment of Chinese Protectorate in Tibet. T'oung Pao Monographies, Brill Academic Publishers, ISBN 90-04-03442-0.
  • Samuel, Geoffrey (1993). Civilized Shamans: Buddhism in Tibetan Societies. Smithsonian ISBN 1-56098-231-4.
  • Schell, Orville (2000). Virtual Tibet: Searching for Shangri-La from the Himalayas to Hollywood. Henry Holt. ISBN 0-8050-4381-0.
  • Shakya, Tsering (1999). The Dragon in the Land of Snows: A History of Modern Tibet Since 1947. New York: Columbia University Press. ISBN 0-231-11814-7.
  • Smith, Warren W. (Jr.) (1996). Tibetan Nation: A History of Tibetan Nationalism and Sino-Tibetan Relations. Boulder, CO: Westview Press. ISBN 0-8133-3155-2.
  • Stein, R. A. (1962). Tibetan Civilization. First published in French; English translation by J. E. Stapelton Driver. Reprint: Stanford University Press (with minor revisions from 1977 Faber & Faber edition), 1995. ISBN 0-8047-0806-1.
  • Thurman, Robert (2002). Robert Thurman on Tibet. DVD. ASIN B00005Y722.
  • Wilby, Sorrel (1988). Journey Across Tibet: A Young Woman's 1900-Mile Trek Across the Rooftop of the World. Contemporary Books. ISBN 0-8092-4608-2.
  • Wilson, Brandon (2004). Yak Butter Blues: A Tibetan Trek of Faith. Pilgrim's Tales. ISBN 0-9770536-6-0, ISBN 0-9770536-7-9. (second edition 2005)
  • Jiawei, Wang (2000). "The Historical Status of China's Tibet". ISBN-7-80113-304-8.
  • Tibet wasn't always ours, says Chinese scholar by Venkatesan Vembu, Daily News & Analysis, 22 February 2007

See also[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Cleanup-spam

Menentang pemerintahan PRC dan dasar-dasarnya di Tibet[sunting | sunting sumber]

Menyokong pemerintahan PRC dan dasar-dasarnya di Tibet[sunting | sunting sumber]

Bukan politik[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Tibet.